• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pasukan Boling Wanita, Green Bakal Terima Anugerah

oleh AK-47
23/02/2018
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Persatuan Penulis-penulis Sukan Malaysia (SAM) bakal menampilkan kelainan pada Majlis Anugerah SAM-100PLUS 2017 apabila terdapat dua pemenang bagi penerima Anugerah Khas untuk kali ini.

SAM dalam satu kenyataan berkata, selepas menilai prestasi atlet-atlet negara sepanjang tahun lepas, SAM menobatkan pasukan boling elit wanita dan juga pemain golf profesional, Gavin Kyle Green sebagai penerima anugerah berkenaan.

“Usaha dan semangat sepasukan yang tinggi telah membantu pasukan tenpin boling wanita negara meraih semula pingat emas acara berpasukan pada Kejohanan Boling Dunia, selepas 10 tahun pada Disember lepas,” kata kenyataan itu.

Pada saingan berlangsung di Pusat Boling South Point, Las Vegas, Amerika Syarikat, pasukan negara yang terdiri daripada Shalin Zulkifli, Siti Safiyah Amirah Abdul Rahman, Sin Li Jane, Syaidatul Afifah Badrul Hamidi, Natasha Roslan dan Esther Cheah, terlebih dahulu terpaksa berdepan tentangan sengit pasukan Colombia dalam saingan separuh akhir.

Selain pingat emas acara berpasukan wanita, Shalin yang bergandingan dengan Li Jane meraih perak dalam acara beregu wanita manakala Siti Safiyah Amirah turut meraih perak dalam kategori keseluruhan wanita.

“Bukan itu sahaja, malah aksi konsisten skuad tempin boling wanita negara sepanjang tahun termasuk di Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 turut diambil kira untuk kita memberi pengiktirafan kepada mereka,” kata Naib Presiden SAM, Ismadi Abdul Manap yang juga Pengerusi Bersama Jawatankuasa Pengelola Anugerah SAM-100PLUS 2017.

Sementara itu, pemain golf professional, Green, 24, mencipta kejayaan tersendiri selepas melengkapkan musim 2017 sebagai Pemain Terbaik Jelajah Asia 2017.

Sepanjang musim 2017, beliau meraih gelaran Jelajah Asia pertamanya di Taiwan Masters, selain tiga kali menduduki tempat kedua pada Terbuka India, Yeangder Heritage di Taiwan dan Terbuka Shinhan Donghae di Korea Selatan.

Beliau muncul pemain Malaysia pertama memenangi gelaran Order of Merit Jelajah Asia, sejak Jelajah Asia ditubuhkan pada 2004 sekaligus melonjak kedudukan beliau sebagai pemain nombor satu negara.

“Jarang-jarang kita dengar berita gembira untuk negara dari lapangan golf, tetapi apa yang dilakukan oleh Gavin sepanjang musim 2017 dalam Jelajah Asia sangat luar biasa dan seharusnya diberi pengiktirafan,” kata Ismadi.

Dalam perkembangan berkaitan, SAM sekali lagi akan memberikan pengiktirafan kepada seluruh warga sukan negara menerusi penganjuran Majlis Anugerah SAM-100 PLUS 2017 yang akan berlangsung pada 1 Mac di Hotel Hilton Petaling Jaya.

Majlis anugerah berkenaan juga terus memberi pengiktirafan kepada warga kewartawanan sukan Negara menerusi tujuh kategori anugerah yang dipertandingkan.

Pemenang terbaik keseluruhan untuk kategori kewartawanan sukan akan dinobatkan sebagai penerima “Anugerah Siebel”dengan hadiah wang tunai RM7,000 dan trofi. – BERNAMA

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PM Anwar Ucap Tahniah Kepada Atlet Sepak Takraw, Bukti Keupayaan Anak Watan

PM Anwar Ucap Tahniah Kepada Atlet Sepak Takraw, Bukti Keupayaan Anak Watan

24/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada pasukan Malaysia kerana muncul juara acara regu berpasukan...

Tunku Mahkota Ismail – “Allah Yang Menentukan Segala Rezeki, Alhamdulillah”

Tunku Mahkota Ismail – “Allah Yang Menentukan Segala Rezeki, Alhamdulillah”

24/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail menzahirkan rasa syukur serta mengucapkan tahniah kepada Johor Darul Ta'zim (JDT)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd