• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, October 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PAS, Gagasan Sejahtera Lancar Manifesto Khas Kedah

oleh AK-47
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – PAS bersama rakan strategik mereka dalam Gagasan Sejahtera malam tadi melancarkan manifesto pilihan raya umum ke-14 (PRU14) khusus untuk Kedah.

Pelancaran manifesto itu disempurnakan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Kompleks PAS Kedah di Kota Sarang Semut, memetik laporan The Star Online.

Turut hadir, Timbalan Presiden Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa), Brig. Jeneral (B) Datuk Hashim Abd Karim dan Timbalan Presiden Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan), Dr. Samarudin Md Rejab dan Mursyidul Am PAS, Hashim Jasin.

Manifesto bertemakan “Penyelesaian Untuk Kesejahteraan Rakyat” itu mengandungi 15 agenda teras, antara lain merangkumi pentadbiran, hal ehwal agama, pendidikan, kebajikan, ekonomi, air dan tanah perumahan, pembangunan wanita dan keluarga, belia dan pembangunan insan, integrasi kaum, keselamatan dan alam sekitar.

PAS Kedah sebelum ini mengumumkan akan bertanding di semua 15 kerusi Parlimen dan 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Pada PRU lalu, PAS menang di 9 kerusi DUN namun kurang 1 kerusi apabila wakil rakyat Anak Bukit, Datuk Amiruddin Hamzah mengumumkan keluar parti dan menyertai PPBM.

Bagi kerusi Parlimen pula, kerusi tunggal parti itu yang sebelum ini diwakili Datuk Mahfuz Omar, juga kini tidak lagi bersama PAS dan menjadi anggota Bebas. – MYNEWSHUB.CC

Tags: KedahmanifestoPASPRU14
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PAS Tolak Perjuangan PH Didominasi DAP

PAS Tolak Perjuangan PH Didominasi DAP

01/10/2026
0

KUALA LUMPUR - PAS menolak perjuangan Pakatan Harapan (PH) didominasi DAP kerana didakwa berpegang kepada prinsip sekular iaitu memisahkan politik...

PAS Rakam Takziah Pemergian Tun Dr Siti Hasmah, Kehilangan Dirasai Rakyat Malaysia

PAS Rakam Takziah Pemergian Tun Dr Siti Hasmah, Kehilangan Dirasai Rakyat Malaysia

28/09/2026
0

KUALA LUMPUR - PAS merakamkan ucapan takziah kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan keluarga atas pemergian isterinya,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd