• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PAR Johor Telus Melindungi Insan Tidak Terbela

oleh Ahmad Albab
27/02/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KLUANG – Pusat Aduan Rakyat (PAR) Johor sentiasa bertindak dengan cekap dan telus dalam membantu individu yang tidak terbela serta tidak pernah mengambil ringan terhadap sebarang aduan yang diterima.

Pengerusi PAR Johor S. Rajasegram berkata pihaknya sentiasa berusaha sebaiknya untuk menjadi sebuah pusat pertubuhan pengurusan aduan awam terbaik di Johor dalam memberikan perkhidmatan kepada orang awam sejak mula beroperasi awal tahun ini.

“Setakat ini, kami telah menerima 54 aduan seluruh Johor dan 30 daripadanya telah berjaya diselesaikan.

“Antara jenis aduan yang paling banyak diterima ialah mengenai isu pemilikan tanah, siasatan dan kes polis, masalah kebajikan serta pendidikan,” kata beliau kepada Bernama dalam temubual khas di ibu pejabat PAR Johor, dekat sini, baru-baru ini.

Terbaharu, pihaknya menerima aduan mengenai seorang remaja perempuan bawah umur yang ingin membunuh diri kerana hamil dipercayai akibat dirogol sekumpulan anggota tentera di Kluang.

Rajasegram berkata mangsa yang berusia 17 tahun itu telah dibawa kepada PAR oleh orang ramai yang menyaksikan kejadian cubaan membunuh diri itu.

Susulan aduan yang dibuat, PAR Johor kemudiannya membawa isu itu kepada pihak polis yang kemudiannya menyaksikan beberapa suspek yang dipercayai terlibat, ditangkap.

Beliau berkata seramai 26 penyelaras ditempatkan di 26 parlimen seluruh Johor yang memegang peranan sebagai jambatan untuk menghubungkan pihaknya dengan masyarakat dalam memastikan segala aduan dapat disalurkan secara terus dan mudah.

“PAR Johor juga mempunyai pegawai perisik bagi menyiasat segala aduan yang diterima bagi memastikan aduan tersebut berdasarkan fakta dan tidak sewenang-wenangnya berpihak kepada pengadu sahaja.

“Selain itu, pihak kami juga melantik dua peguam penasihat untuk menjadi sumber rujukan kami sebelum bertindak menyelesaikan sesuatu aduan yang diterima,” katanya.

Rajasegram berkata PAR Johor kini mempunyai 50 sukarelawan berdaftar dan menyasarkan 100 sukarelawan bakal menyertai pertubuhan itu pada masa akan datang.

“PAR Johor juga ingin menjadi pemudah cara kepada orang ramai dalam menyelesaikan sesuatu aduan dan bukannya bertindak sebagai pihak yang mencari kesalahan pihak lain,” kata beliau dan berharap agar kesemua pihak yang terlibat dapat memberi kerjasama yang baik bagi menyelesaikan aduan yang diterima. – BERNAMA

*Video sekadar hiasan…

Tags: aduanJohor
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tidak Perlu Ubah Kerajaan BN Johor Yang Stabil, Ekonomi Meningkat, Tiada Isu 3R – Eric Lim Sian See

Tidak Perlu Ubah Kerajaan BN Johor Yang Stabil, Ekonomi Meningkat, Tiada Isu 3R – Eric Lim Sian See

13/06/2026
0

JOHOR BAHRU – Pempengaruh media sosial yang sering mengulas isu politik, Eric Lim Sian See berpandangan Johor yang mencatatkan prestasi...

“Puluhan Tahun Hambun Saya, Terlempar Dalam Penjara, Sekarang Masa Allah Takdirkan” – PMX

“Puluhan Tahun Hambun Saya, Terlempar Dalam Penjara, Sekarang Masa Allah Takdirkan” – PMX

13/06/2026
0

SEREMBAN - Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan kedudukannya sebagai Perdana Menteri hari ini adalah ketentuan Allah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd