Tuesday, June 18, 2024

Creating liberating content

Posmen Royal Mail Guna...

LONDON - Posmen syarikat perkhidmatan penghantaran surat dan barang Britain, Royal Mail buat...

2 Lelaki Samun, Cederakan...

BUKIT MERTAJAM - Polis menahan dua lelaki disyaki terlibat kes seorang pekerja pusat...

Victoria Beckham Reka Gaun...

PEREKA fesyen Victoria Beckham akan mereka gaun perkahwinan kawan baiknya, aktres Eva Longoria...

Segelintir Ambil Mudah Hal...

KUANTAN - Terdapat segelintir pengusaha bas ekspres mengambil mudah dalam penyediaan pemandu kedua...

Pakaian Tidak Patut Jadi Alasan Isu Gangguan Seksual

KUALA LUMPUR – Pakaian seseorang wanita tidak harus dijadikan sebagai alasan berlakunya isu gangguan seksual, kata Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata kebanyakan wanita menjadi mangsa dalam isu itu dan adalah tidak wajar pelbagai alasan dipindahkan terhadap mereka.

Katanya beliau secara peribadi memandang isu gangguan seksual sebagai perkara serius, yang jika tidak ditangani, boleh menjadi jenayah.

“Saya secara peribadi setuju dengan cadangan supaya (Akta Gangguan Seksual) ini digubal oleh kerajaan…walaupun beberapa peruntukan dapat digunakan terhadap mereka yang lakukan kesalahan ini di bawah Kanun Keseksaan, namun kita perlu satu akta khusus.

“Perkara ini juga mendapat perhatian saya sebagai menteri, kerana terdapat beberapa kes sehingga membawa kejadian rogol,” katanya semasa berucap menggulung perbahasan pada persidangan Parlimen Belia Malaysia di sini, hari ini.

​​​​​​Cadangan menyegerakan penggubalan Akta Gangguan Seksual adalah antara empat usul diluluskan Parlimen Belia Malaysia yang bersidang dua hari, berakhir hari ini.

Usul lain ialah cadangan penambahbaikan hukuman rotan pelajar sekolah; mengutuk resolusi sekatan kemasukan minyak sawit yang dihasilkan tidak secara lestari ke pasaran Kesatuan Eropah (EU) bagi kegunaan biodiesel; dan penambahbaikan polisi pemilikan rumah dan hartanah bagi belia.


Khairy berkata resolusi itu memberi gambaran sangat negatif terhadap industri minyak sawit, dan negara-negara pengeluar minyak sawit dunia perlu mengambil tindakan proaktif untuk memperbetulkan persepsi salah itu dengan membekalkan maklumat benar dan tepat mengenai industri sawit.

“Saya memberi jaminan pucuk pimpinan kita, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak adalah orang paling lantang sekali memprotes tindakan pihak Parlimen Eropah.

“Malah, perdana menteri meminta supaya Malaysia bersedia mengambil tindak balas sewajarnya sekiranya Kesatuan Eropah bersetuju untuk tidak membenarkan minyak sawit sebagai salah satu bahan api bio,” katanya.

Khairy berkata semua usul yang dibahas dan diputuskan dalam persidangan itu akan dikemukakan kepada Kabinet. – BERNAMA

Kategori