Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

Trafik KL Awasi 10...

KUALA LUMPUR - Semasa perayaan Aidilfitri kali ini, pihak Trafik Kuala Lumpur akan...

Azmin Ali Wakili PM...

Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali akan mewakili...

Tiong Tak Hadir Jumpa...

Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, Tiong King Sing nampaknya tidak hadir di Ibu...

ADUN Lenggeng Sudah Bayar...

SEREMBAN - Mahkamah Tinggi di sini Selasa menangguhkan kes muflis melibatkan Anggota Dewan...

Padah Makan Daging Lembu Mati Dipatuk Ular

CAPE TOWN – Seramai 60 penduduk sebuah kampung di Afrika Selatan dirawat di hospital selepas jatuh sakit akibat memakan daging lembu yang mati dipatuk ular tedung selar.

Mangsa dari kampung Mpoza berhampiran Tsolo di Cape Timur itu dilaporkan mengalami gejala seperti cirit birit, muntah, sakit kepala dan kejang perut.

Mangsa termasuk 16 kanak-kanak dan lapan daripada mereka terpaksa menerima rawatan pakar di wad kanak-kanak di Hospital Akademik Nelson Mandela.

Sehingga kini, tidak dapat dipastikan sama ada semua mangsa dalam keadaan bahaya atau tidak.

Menurut laporan media tempatan, semua mangsa jatuh sakit selepas memakan daging seekor lembu yang ditemui mati.

Lembu itu dipercayai mati akibat dipatuk ular tedung selar yang sangat berbisa.

Jurucakap Jabatan Kesihatan Cape Timur, Sizwe Kupelo berkata, semua mangsa dirawat di empat hospital di wilayah itu.


Menurutnya, pihaknya turut menyediakan ruang untuk pesakit tambahan di Hospital St Barnabas di Libode kerana jumlah mangsa yang ramai.

“Jabatan Kesihatan menggesa semua penduduk supaya tidak memakan daging haiwan yang ditemui mati kerana tindakan itu berbahaya,” katanya.

Ular tedung selar antara haiwan paling berbisa di dunia dan racunnya boleh membunuh manusia dan haiwan yang lebih besar dalam tempoh beberapa minit. – Agensi/myMetro Online

Kategori