• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Haram Makan Jika daging Haiwan Beri Mudarat

oleh Mohd Arshad
30/11/2021
dalam Jenayah, Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr. Wan Salim Wan Mohd. Noor menjelaskan orang Islam boleh memakan da­ging ayam yang belum matang, namun jatuh haram sekiranya daging itu boleh memudaratkan kesihatan pemakannya.

Beliau berkata, Islam melihat atas faktor kemudaratan terhadap kesihatan dan bukannya disebabkan saiznya terlalu kecil atau tidak cukup umur.

“Tiada disyaratkan ayam yang cukup umur untuk dimakan oleh umat Islam. Cuma yang perlu diperhatikan, ayam atau apa jua haiwan yang hendak dimakan itu adalah daripada jenis haiwan ternakan yang dibenarkan dimakan oleh orang Islam serta disembelih mengikut peraturan yang ditetapkan syariat.

“Berkaitan isu penjualan da­ging ayam dan haiwan-haiwan ternakan untuk makanan orang ramai, para peniaga dikenakan beberapa larangan yang bertujuan mencegah berlaku pengania­yaan terhadap para pengguna,” katanya semalam.

Ujarnya, antara lain peniaga dilarang memperkotak-katik harga bahan jualan, menipu harga, mengeksploitasi keperluan orang ramai kepada barangan tertentu terutama makanan, mengurangkan timbangan dan sukatan serta menyorok bahan-bahan supaya dapat dijual dengan harga lebih tinggi berbanding harga sebenar.

“Juga dilarang mengaut keuntungan berlebihan hingga membebankan pengguna,” ujarnya.

Justeru, beliau menasihatkan para peniaga supaya tidak menaikkan harga bahan-bahan makanan sewenang-wenangnya dengan mengambil kesempatan daripada suasana pandemik Covid 19 yang menyukarkan kehidupan masyarakat.

-Kosmo Online

Tags: dagingharammudarat
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pelancongan Mesra Maksiat Demi Ekonomi Adalah Haram – Nik Abduh

Pelancongan Mesra Maksiat Demi Ekonomi Adalah Haram – Nik Abduh

06/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Menawarkan pelancongan mesra maksiat adalah haram di sisi agama walaupun dengan alasan merancakkan ekonomi negara. Ahli Dewan...

Firdaus Wong Kesal Kes Babit NGO Jadi Modal Sindir Islam

Firdaus Wong Kesal Kes Babit NGO Jadi Modal Sindir Islam

25/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung melahirkan rasa kesal apabila kes melibatkan badan bukan kerajaan (NGO) berkaitan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd