Sunday, May 5, 2024

Creating liberating content

Kuasa Majlis Penasihat Kerajaan...

MAJLIS Penasihat Kerajaan (atau sebenarnya penasihat Perdana Menteri?) semakin dicurigai peranan dan kuasa...

DAP ‘Lawan’ Anwar, PKR…...

SEJAK masuk penjara atas kesalahan liwat tahun lalu, Datuk Seri Anwar Ibrahim terus...

Guru Dibebas Dan Dilepaskan,...

SEREMBAN - Seorang guru dibebas dan dilepaskan daripada tuduhan merogol seorang kanak-kanak perempuan...

Netizen Usah Melampau, Aaron...

KOMEN negatif di media sosial masa kini tidak asing lagi bagi kebanyakan selebriti...

Orang Utan Ditembak 17 Kali, Kepala Dipenggal

DUA lelaki Indonesia telah ditahan selepas melepaskan 17 das tembakan ke atas seekor orang utan hingga mengakibatkannya mati.

Mereka juga membiarkannya reput sebelum membuang bangkai orang utan itu ke dalam sungai,

Lelaki terbabit yang merupakan penoreh getah mendakwa berbuat demikian sebagai mempertahankan diri dan mereka takut apabila orang utan itu berada di depan mereka.

Mereka mengaku membunuh orang utan itu, yang mana kepalanya ditemui bulan lepas.

Bulu pada badan binatang itu telah dibakar dan kejadian tersebut mengakibatkan kemarahan aktivis apatah lagi ia merupakan spesis yang terancam.

Orang utan dikenali sebagai binatang yang boleh membesar sehingga saiz manusia namun ia jarang menyerang manusia kecuali jika habitatnya terancang.

Dalam pada itu, pihak berkuasa memberitahu, mereka menemui pisau yang turut digunakan untuk menyerang orang utan terbabit.


“Mereka menembak binatang itu berulang kali tetapi ia tidak mati. Salah seorang daripada mereka telah memenggal kepalanya dari belakang.

“Kepala itu ditanam di belakang rumah mereka manakala badannya pula dibuang dalam sungai,” kata polis.

Jika sabit kesalahan, mereka boleh dipenjarakan lima tahun di bawah undang-undang di Indonesia. – MYNEWSHUB.CC

Kategori