• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Najib Pemimpin Budiman Dan Beradab – Salleh

oleh Ahmad Albab
09/02/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengambil pendekatan yang budiman terhadap serangan-serangan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad dan tetap beradab walaupun berdepan dengan taktik-taktik kotor, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.

Sebaliknya, beliau berkata Dr Mahathir telah melakukan serangan peribadi, penghinaan dan fitnah terhadap perdana menteri yang melampaui batas politik, bahkan melampaui kesopanan dan kesusilaan asas manusia sedangkan Islam menganggap fitnah sebagai jenayah yang berat.

Katanya adalah perkara biasa untuk mempunyai perbezaan pendapat dalam politik, dan ia juga perkara biasa untuk menyatakan secara jelas perbezaan itu.

“Itulah landasan demokrasi dan kebebasan bersuara adalah sebahagian daripada demokrasi. Tetapi apa yang Dr Mahathir lakukan tidak boleh dipanggil demokrasi atau kebebasan bersuara,” katanya menerusi catatan di laman blog beliau, hari ini.

Salleh berkata negara mempunyai undang-undang terhadap jenayah fitnah dan mengutuk seseorang adalah jenayah tetapi Dr Mahathir nampaknya tidak menghormati undang-undang.

“Dia (Dr Mahathir) membuat kenyataan yang menghina dan menuduh Najib bermacam-macam. Ini sangat tidak bertanggungjawab bagi seseorang yang pernah menjadi perdana menteri Malaysia dan ini menunjukkan teladan yang buruk untuk golongan belia,” katanya.

Menurut Salleh, orang Melayu mempunyai apa yang disebut adab.

“Kita mesti mengawal diri kita daripada sampai ke tahap politik kotor di mana fitnah dan segalanya menjadi budaya politik baharu di Malaysia,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Dr Salleh Said KeruakDatuk Seri Najib Tun Razak
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Semoga Aidiladha Kali Ini Hadir Bersama Khabar Baik – Nazif Najib

Semoga Aidiladha Kali Ini Hadir Bersama Khabar Baik – Nazif Najib

26/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Desas-desus kemungkinan pembebasan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semakin bertiup kencang susulan satu hantaran...

DAP Dedah Pertemuan Kit Siang Dengan Kem UMNO Anti-Najib Sebelum PRU14

DAP Dedah Pertemuan Kit Siang Dengan Kem UMNO Anti-Najib Sebelum PRU14

19/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengarah Strategik DAP mengimbas strategi Pakatan Harapan (PH) menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan Datuk Seri Najib...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd