• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, September 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Semoga Aidiladha Kali Ini Hadir Bersama Khabar Baik – Nazif Najib

oleh Mynewshub
26/05/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Semoga Aidiladha Kali Ini Hadir Bersama Khabar Baik – Nazif Najib
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Desas-desus kemungkinan pembebasan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semakin bertiup kencang susulan satu hantaran dimuat naik anaknya, Datuk Mohd. Nazifuddin di media sosial hari ini.

Hantaran tersebut sekali gus mencetuskan pelbagai spekulasi dalam kalangan netizen berhubung kemungkinan Najib bakal dibebaskan dalam masa terdekat.

“Terima kasih kepada semua yang masih setia bersama beliau walau dalam apa jua keadaan. Doa dan ingatan kalian amat bermakna.

“Semoga Aidiladha kali ini hadir bersama khabar yang baik buat Ayahanda. Sama-sama kita terus mendoakan agar kebenaran dan keadilan berpihak kepada beliau,” katanya.

Terdahulu, Mohd. Nazifuddin berkongsi kisah beliau didatangi seorang wanita warga emas mengadu rindu pada Najib dan berharap bekas Perdana Menteri itu mendapat keadilan.

Menurutnya, wanita tersebut membawa beg memamparkan wajah Najib dan hampir menitis air mata ketika memintanya menyampaikan salam kepada ayahandanya.

“Kasih dan ingatan seorang rakyat terhadap pemimpin yang pernah berjasa itu masih begitu kuat. Jujur saya cukup terharu melihat kasih sayang yang masih utuh sampai hari ini,” ujar beliau.

Katanya, bukan itu sahaja, beliau juga sempat bertemu beberapa pemandu teksi yang berkongsi perkara sama mengenai Nahib.

“Mereka merindui zaman Datuk Seri Najib dan meluahkan kesusahan ekonomi yang dirasai hari ini berbanding dahulu. Berkali-kali mereka meminta saya sampaikan salam kepada ayahanda,” katanya. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Nazif Najib

Tags: Aidiladhabekas perdana menteriDatuk Mohd. NazifuddinDatuk Seri Najib Tun RazakDesas-desusKhabar BaikpembebasanSPEKULASI
Share200Tweet125SendShare

Related Posts

Ismail Sabri Dihadapkan Ke Mahkamah, Mengaku Tidak Salah Tidak Isytihar Harta RM14 Juta

Ismail Sabri Dihadapkan Ke Mahkamah, Mengaku Tidak Salah Tidak Isytihar Harta RM14 Juta

27/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini. Beliau...

Pembebasan Najib ‘Garis Merah’ DAP?

Pembebasan Najib ‘Garis Merah’ DAP?

14/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Para perwakilan DAP perlu dijelaskan bahawa sekiranya mereka memilih untuk parti itu kekal dalam kerajaan pada Ahad...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd