• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Masalah Air Di Kedah Dijangka Selesai 2020

oleh AK-47
15/02/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PADANG TERAP – Masalah bekalan air yang dihadapi Kedah dijangka dapat diselesaikan sepenuhnya menjelang 2020 apabila projek menaik taraf lima loji rawatan air dengan kos RM928 juta siap.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga negeri Datuk Badrol Hisham Hashim berkata loji yang terlibat ialah Loji Rawatan Air Pelubang, Loji Rawatan Air Jenun Baru, Loji Rawatan Air Bukit Selambau, Loji Rawatan Air Sungai Limau dan Loji Rawatan Air Lubuk Buntar Lama.

“Sebab itu pentingnya kerajaan negeri kena selari dengan kerajaan persekutuan agar projek-projek sebegini dapat dilakukan dan diselesaikan. Bukan sahaja masalah air tetapi masalah berkaitan perumahan, pendidikan dan kemudahan rakyat dapat kita sediakan mengikut perancangan,” katanya.

Beliau ditemui pemberita pada Program Jelajah Bajet Muafakat Kedah di Kuala Nerang dekat sini hari ini.

Sementara itu, beliau berkata penggunaan air di Kedah dijangka meningkat 30 peratus sepanjang sambutan Tahun Baharu Cina yang bermula esok dan boleh menyebabkan beberapa kawasan mengalami tekanan air rendah.

Justeru beliau berharap Syarikat Air Darul Aman Sdn Bhd (SADA) dapat mengambil tindakan sewajarnya dalam menangani sebarang kemungkinan termasuk bertindak segera sekiranya ada gangguan bekalan air.

“SADA ada membuka kaunter aduan dan pertanyaan jika berlaku masalah air, saya harap SADA dapat membuat penghantaran air ke kawasan tersebut dengan kadar segera menggunakan lori-lori tangki dan lori yang disewa dari luar,” katanya. – BERNAMA

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Asyraf Wajdi ‘Bengang’ Mara Dikritik Kerana Bantu Bumiputera

Asyraf Wajdi ‘Bengang’ Mara Dikritik Kerana Bantu Bumiputera

24/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki melahirkan rasa kecewa apabila masih terdapat pihak...

“Syukur Ketua Strategi Komunikasi UMNO Bukan Lagi Sebatang Lobak Ber-IQ Carrot”

“Syukur Ketua Strategi Komunikasi UMNO Bukan Lagi Sebatang Lobak Ber-IQ Carrot”

24/05/2026
0

SHAH ALAM - Ahli Jawatankuasa UMNO Shah Alam, Azrul Abu Hasan melahirkan rasa syukur kerana Ketua Strategi Komunikasi parti itu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd