• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, October 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Marcos Sasar Lebih Banyak Kejayaan Bersama JDT

oleh Ahmad Albab
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pemain tengah Johor Darul Ta’zim (JDT), Marcos Antonio berharap dapat membantu kelabnya meraih kejuaraan sebanyak mungkin dalam Liga Malaysia (Liga-M) musim ini selepas kembali ke arena susulan rehat yang panjang akibat kecederaan ligamen krusiat pada buku lali (ACL), musim lepas.

Pemain berusia 34 tahun dari Brazil itu yang menanduk gol kemenangan pasukan 2-1 ke atas Kedah pada perlawanan Piala Sumbangsih Sabtu lalu, berkata beliau gembira dapat kembali beraksi buat pertama kali selepas direhatkan selama enam bulan akibat kecederaan.

“Saya sangat gembira dapat menyumbat gol kemenangan terutamanya kerana ia berlaku selepas saya baru pulih daripada kecederaan, apatah lagi dapat menang satu lagi piala untuk diri sendiri dan juga JDT.

“Saya gembira kerana semua orang tahu saya bekerja keras sepanjang enam bulan lepas sebagai persiapan menghadapi perlawanan ini dan membantu kelab meraih satu lagi kejuaraan,” katanya yang dipetik dalam satu temu bual yang dimuat naik oleh laman Facebook rasmi JDT: Johor Southern Tigers.

Marcos tidak sabar untuk membantu skuad Harimau Selatan itu mencapai sasarannya dalam Liga-M khususnya mengekalkan kejuaraan Liga Super yang dimenangi sejak 2014.

Pemain berkaliber tinggi itu menikmati musim yang gemilang sejak menyertai JDT pada 2014 termasuk bergelar juara Liga Super empat musim berturut-turut, Piala AFC (2015), Piala FA (2016) dan juga juara Piala Malaysia tahun lepas. – BERNAMA

Tags: JDTMarcos Antonio
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

JDT Lancar JDT+, Dokumentari ‘Untamed’ Bakal Bersiaran 22 Oktober

JDT Lancar JDT+, Dokumentari ‘Untamed’ Bakal Bersiaran 22 Oktober

22/09/2026
0

JOHOR BAHRU - Kelab Bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) melancarkan JDT+, sebuah platform kandungan premium khusus untuk membawa penyokong...

JDT Terus Dominan, Kemenangan Besar Demi Kemenangan

JDT Terus Dominan, Kemenangan Besar Demi Kemenangan

21/09/2026
0

JOHOR Darul Ta’zim (JDT) bukan sekadar menang sejak sepak mula Liga Malaysia musim 2026/2027, malah sebahagian besar kemenangan dicatat dengan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd