• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia Sokong Perjuangan Rakyat Palestin & Syria

oleh AK-47
04/02/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata Malaysia akan terus menjadi penyokong kuat kepada perjuangan Palestin dan Syria bagi kebebasan mutlak dan kemakmuran rakyat negara itu.

Timbalan Perdana Menteri berkata Malaysia akan terus memainkan peranan secara aktif dan menyuarakan pandangannya dalam menyokong penyelesaian konflik di Syria dan perjuangan rakyat Palestin untuk kebebasan dan memerdekakan wilayah mereka.

“Di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Malaysia melakukan usaha ini pada masa lalu dan akan meneruskan sehingga Palestin bebas dan menubuhkan sebuah negara merdeka.

“Kerajaan juga akan terus menghulurkan bantuan dan sumbangan kepada rakyat Syria yang datang ke Malaysia,” katanya ketika berucap pada pelancaran Program Memperkasa Pelarian Kanak-Kanak (Program Kanak-Kanak Pintar) di kediaman rasmi beliau, Seri Satria, di sini, malam ini.

Beliau berkata Malaysia menerima 3,000 rakyat Syria di bawah Program Penempatan Sementara Migran Syria (PPSMS) yang membolehkan mereka untuk menetap, bekerja, menerima perkhidmatan kesihatan dan pendidikan di negara ini.

Justeru, Ahmad Zahid, yang juga Menteri Dalam Negeri, mengucapkan terima kasih kepada Malaysian Humanitarian Aid and Relief (MAHAR) atas peranan penting pertubuhan itu sehingga menjayakan pelaksanaan PPSMS serta menyediakan khidmat dan sokongan kepada saudara Syria di Malaysia.

Pada masa sama, katanya, secara umum rakyat Malaysia merasakan kesucian Baitulmaqdis perlu dipertahankan kerana ia adalah tempat bagi rakyat Palestin, umat Islam dan penganut Kristian.

“Walaupun berada jauh, rakyat Malaysia percaya Masjid Al-Aqsa dan Palestin adalah milik rakyat Palestin. Oleh itu, adalah menjadi tanggungjawab kita untuk melindungi dan membebaskannya daripada penaklukan dan penindasan,” katanya.

Mengenai program kanak-kanak itu, Ahmad Zahid berkata ia bertujuan membangunkan pengetahuan kanak-kanak pelarian Palestin dan Syria di Malaysia serta tahap pemahaman sains asas mereka.

Beliau berkata program itu akan meningkatkan keyakinan diri, kemahiran sosial dan praktikal kanak-kanak pelarian tersebut.

Turut hadir pada majlis pelancaran itu ialah isterinya, Datin Seri Hamidah Khamis. – BERNAMA

Tags: BaitulmaqdisDatuk Seri Dr Ahmad Zahid HamidiPalestin
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

374 Tan Bantuan Malaysia Menanti Masuk Gaza

374 Tan Bantuan Malaysia Menanti Masuk Gaza

09/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Aktivis kemanusiaan, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman berkongsi perkembangan terkini misi bantuan Malaysia ke Gaza yang kini berada...

Harga Minyak Cecah Sekitar AS$115.55 Setong – Ahmad Zahid

Harga Minyak Cecah Sekitar AS$115.55 Setong – Ahmad Zahid

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Harga minyak mencecah sekitar AS$115.55 setong, manakala kos subsidi meningkat daripada RM700 juta kepada RM3.2 bilion dalam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd