• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, October 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mahasiswa Otak Pandir Dipenjara, Denda RM1,600

oleh AK-47
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Umpama otak pandir, seorang penuntut sarjana di sebuah universiti swasta dipenjara sehari dan didenda RM1,600 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini ekoran tindakan bodohnya mencuri pelbagai jenis aksesori wanita di sebuah kompleks beli-belah di sini, awal bulan ini.

Majistret Maizatul Munirah Abd Rahman menjatuhkan hukuman itu ke atas Fatin Noor Aiza Azaha, 25, selepas dia mengaku salah mencuri 10 bentuk subang, seutas rantai leher dan dua gelang tangan di kedai Lovisa, di Pavilion di sini, 4.25 petang 8 Feb lalu.

Dia yang berbaju kurung moden didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda, jika disabit kesalahan.

Hukuman penjara itu berkuat kuasa hari ini.

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara tiga bulan jika gagal membayar denda. Dia membayar denda itu.

Terdahulu, tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu mahkamah agar tidak menjatuhkan hukuman penjara kerana dia masih lagi belajar. Namun, Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Zikri Jaafar memohon hukuman berbentuk penjara agar tertuduh insaf. – BERNAMA

Share198Tweet124SendShare

Related Posts

JDT Raih Kemenangan Pertama ACL Elite 2026/27, Benam Pohang Steelers 2-0 Di Korea Selatan

JDT Raih Kemenangan Pertama ACL Elite 2026/27, Benam Pohang Steelers 2-0 Di Korea Selatan

13/10/2026
0

KOREA SELATAN - Johor Darul Ta'zim (JDT) meraih kemenangan pertama dalam saingan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACL Elite) 2026/27 selepas...

PMX Anwar Salah Tajwid, Salah Tafsir ‘Lighad’ Dalam Ucapan Belanjawan – Nik Abduh

PMX Anwar Salah Tajwid, Salah Tafsir ‘Lighad’ Dalam Ucapan Belanjawan – Nik Abduh

13/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Ahli Parlimen Bachok, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz menegur Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd