• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

LHDN Tumpu Pada Pengelak Cukai Tahun Ini

oleh Ahmad Albab
06/02/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SUBANG – Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) pada tahun ini akan mengambil langkah tegas dalam usaha membanteras pengelakan dan pelarian cukai dengan memberi tumpuan terhadap individu dan firma yang melakukan salah laku itu.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) LHDN Datuk Dr Sabin Samitah berkata kesalahan itu termasuk mereka yang terbabit dalam perancangan cukai secara agresif, secara tidak beretika menyalahgunakan peraturan cukai yang ditetapkan dan memanipulasi akaun mereka untuk memindahkan keuntungan mereka kepada bidang kuasa cukai rendah.

“LHDN memandang serius taktik itu, kerana ia mengurangkan pendapatan cukai negara dan menghantar isyarat negatif kepada pelabur berpotensi ke negara ini,” katanya pada perasmian Seminar Ke-9 LHDN-Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) 2018 di sini, hari ini.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Timbalan CEO (Pematuhan) LHDN Abdul Manap Dim.

Seminar itu diadakan bertujuan memberikan perkembangan terkini isu semasa berkaitan cukai pendapatan kepada para perwakilan.

Dr Sabin berkata LHDN akan terus mengambil langkah perlu untuk memastikan pembayar cukai dan orang awam melihat pihak berkuasa cukai itu sebagai entiti yang adil dan telus.

Beliau berkata aktiviti dijalankan lembaga itu bukan di luar kebiasaan tetapi dalam ruang lingkup bidang tugas seperti ditetapkan dalam undang-undang dan tidak boleh disifatkan sebagai “agresif”.

“Kami sedar kebimbangan berkaitan dengan isu pematuhan cukai dalam kalangan pembayar cukai… bagaimanapun tiada apa yang anda perlu risaukan sekiranya anda mematuhi undang-undang cukai kerana kami menumpukan pada pembayar cukai yang tidak mematuhinya… tujuan kami mudah sahaja, untuk memastikan keadilan bagi semua pembayar cukai dengan mewujudkan sistem yang adil dan telus,” katanya.

Dr Sabin berkata kegiatan ekonomi haram turut menjadi tumpuan LHDN dan pihak lembaga menangani masalah itu menerusi kerjasama dengan agensi kerajaan yang lain.

“Dari segi strategi pematuhan, kami juga akan mempergiatkan lagi semua aktiviti kami daripada mengenal pasti dan mendaftarkan pembayar cukai sehingga cukai dikutip… kami juga akan meningkatkan liputan dan skop aktiviti audit kami,” katanya.

Sementara itu, Abdul Manap semasa ditemui pemberita berkata lebih 10 peratus majikan syarikat dan bukan syarikat gagal menyerahkan Borang E (borang penyata majikan) serta borang CP8D (senarai pekerja) untuk penilaian pada tahun lepas.

Beliau mengingatkan majikan untuk mematuhi tarikh akhir penyerahan borang iaitu pada 31 Mac. Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan tindakan undang-undang akan diambil terhadap pengarah syarikat.

“Semua pembayar cukai akan berada dalam radar kami termasuk “ikan jerung” (syarikat besar dan multinasional)… kami akan mewujudkan satu sistem cukai yang adil kepada pembayar cukai yang patuh, dan mengambil tindakan tegas terhadap pembayar cukai yang sengaja mengelak dan melarikan cukai,” katanya. – BERNAMA

Tags: LHDN
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pembayar Cukai Tersalah Tanda? HASiL Sahkan Tak Perlu Pinda Borang, Refund Akan Diproses

Pembayar Cukai Tersalah Tanda? HASiL Sahkan Tak Perlu Pinda Borang, Refund Akan Diproses

18/03/2026
0

CYBERJAYA, 18 Mac 2026 – Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) mengesahkan bahawa individu yang tersilap menandakan ruangan “Cukai ditanggung...

Waris Si Mati Wajib Bayar Cukai Tertunggak LHDN

Waris Si Mati Wajib Bayar Cukai Tertunggak LHDN

25/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Persoalan hukum sama ada waris individu yang sudah meninggal perlu membayar tunggakan cukai pendapatan ditinggalkan si mati terjawab...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd