• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Laporan TN50 Akan Dibentang Esok

oleh Ahmad Albab
27/02/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Laporan rumusan Transformasi Nasional 2050 (TN50) akan diserah dan dibentangkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak malam esok.

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin yang diberikan tanggungjawab penting dalam memulakan agenda nasional itu berkata beliau sudah memberikan taklimat ringkas mengenai rumusan TN50 kepada Najib.

“Saya sudah tunjuk laporan kepada perdana menteri, laporan agak tebal jadi saya sudah bagi rumusan sedikit sebanyak kepada beliau berkenaan laporan itu.

“Laporan akan diserahkan esok. Ia tidak akan dicetak dan tiada laporan fizikal. Aspek agenda utama hanya akan diumumkan malam esok,” katanya kepada media selepas Majlis Amanat 2018 bersama-sama atlet kebangsaan hari ini.

Laporan aspirasi kolektif golongan muda Malaysia itu akan diserahkan kepada Najib pada Majlis Penyerahan Kanvas TN50 di Pusat Dagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MiTEC).

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah menganjurkan lebih 135 sesi dialog dengan pelbagai sektor belia bertujuan menyelami serta mendengar konsep Malaysia 2050 idaman mereka.

Laporan itu memuatkan 60,000 aspirasi unik yang diperoleh menerusi usaha mendekati golongan belia merangkumi dialog, bengkel serta saluran dalam talian termasuk laman web rasmi dan media sosial.

TN50 yang diilhamkan oleh Najib ketika membentangkan Bajet 2017 pada 21 Oktober 2016 adalah dasar futuristik untuk mencorakkan hala tuju negara dalam tempoh 30 tahun selepas 2020. – BERNAMA

Tags: Khairy Jamaluddin
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

“Sungai Buloh Wilayah Keadilan, Reformasi!” – Ramanan

“Sungai Buloh Wilayah Keadilan, Reformasi!” – Ramanan

19/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Sungai Buloh yang juga Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri R Ramanan menegaskan...

KJ Ucap Terima Kasih kepada Zahid, Telah Lalui Fasa Muhasabah dan Perbaiki Diri

KJ Ucap Terima Kasih kepada Zahid, Telah Lalui Fasa Muhasabah dan Perbaiki Diri

18/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin merakamkan penghargaan kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd