Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

Kes Denggi Di Pulau...

GEORGE TOWN - Kes demam denggi di Pulau Pinang mencatat penurunan sebanyak 11...

Tiada Menteri Kerajaan Perpaduan...

SERDANG : Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata sehingga kini tiada menteri...

Doktor Pakar Perlu Periksa...

BATU GAJAH - Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah meminta doktor pakar...

Bekas Polis Tetap Ke...

PUTRAJAYA - Mahkamah Rayuan mengekalkan sabitan dan hukuman mati terhadap seorang bekas anggota...

Lan Tak Rasa Malu Kongsi Gambar Anak Sumbing

DUA hari lalu, penyanyi, Lan Solo dan isteri, Nur Sheila Hassim menerima kehadiran cahaya mata keempat mereka yang diberikan nama Nur Amna Quxandra.

Lan dan isterinya juga bertindak berkongsi gambar puteri terbaru mereka itu kepada umum di laman sosial Instagram mereka berdua.

Melalui gambar tersebut, ramai netizen menyedari akan kondisi bayi mereka yang mengalami Cleft Lip atau juga dikenali sebagai sumbing.

Mengulas keadaan itu, Lan menyifatkan dia dan isteri reda dengan keadaan tersebut dan melihat perkara tersebut dari sudut positif.

“Memang bayi saya sumbing dan ini adalah rezeki yang Allah SWT berikan pada kami sekeluarga.

“Saya dan isteri menerima dengan reda dan Alhamdulillah, kami positif dikurniakan anak istimewa ini,” katanya kepada Harian Metro.

Jelas Lan, dia dan pasangannya sesekali tidak malu untuk berkongsi foto bayi istimewa mereka itu yang dilahirkan pada 24 Februari lalu.

“Buat apa kami nak malu. Lagi pun, masalah sumbing bayi kami tidaklah teruk sangat. Nur Amna Quxandra hanya sumbing di bibir saja.

“Ia tidak membabitkan lelangit dan hidung. Jadi, saya bersyukur anak istimewa kami hanya diuji dengan sumbing yang sedikit.

“Doktor pun ada memberitahu, pembedahan boleh dilakukan ke atas bayi kami apabila beratnya sudah mencecah 5 kilogram,” katanya.


Jelas Lan yang juga bekas vokalis kumpulan Kristal, berat bayinya itu kini adalah 2.5 kilogram dan perlu menunggu dahulu sebelum membuat pembedahan.

Ujar Nur Sheila pula, dia sudah mengetahui akan keadaan bayi keempatnya yang sumbing sejak dalam kandungan lagi.

“Ketika itu, kandungan saya berusia 27 minggu dan apabila doktor memberitahu saya bersyukur dapat menerima dengan hati terbuka.

“Apapun, ada juga orang yang bertanya adakah Lan pergi memancing atau saya ada menggunting apa-apa. Semua itu, tidak pernah kami lakukan,” ujarnya.

Bagi Nur Sheila, sudah rezeki mereka dikurniakan seorang anak yang sangat istimewa dan perkara paling penting merupakan kesihatan bayinya itu yang baik.

Tambahnya, dia juga tidak mahu menggunakan status anaknya yang merupakan anak seorang artis untuk tidak berkongsi gambar tersebut kepada masyarakat atas sebab malu sambil mengatakan dia kini banyak mempelajari mengenai masalah bibir sumbing.

“Sebagai ibu, Nur Amna Quxandra adalah bayi yang saya kandung dan lahirkan. Saya bangga dengan anak saya dan kini saya pun makin banyak kumpul ilmu mengenai masalah bibir sumbing,” katanya.

Lan dan Sheila melangsungkan pernikahan pada Disember 2009 dan kini dikurniakan tiga orang anak sebelum ini iaitu Nur Amna Qaleesya, Nur Amna Qeesyara, dan Muhammad Akid Qassyaff. – MYNEWSHUB.CC/EZ

Kategori