• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Keluarga Perlu Didik, Awasi Anak Guna Internet – Rosmah

oleh Ahmad Albab
24/02/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Institusi keluarga memainkan peranan utama dalam mendidik setiap anggotanya agar menggunakan internet dan laman sosial secara positif dan beretika, kata isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor.

Beliau berkata tanpa pengawasan ibu bapa dalam penggunaan teknologi siber itu, perkembangan watak serta keperibadian kanak-kanak akan terganggu.

“Anak-anak lebih selesa meluah perasaan, mengurangkan tekanan, kesepian, kemurungan dan keresahan mereka di alam maya daripada di dunia realiti.

“Perkara ini merisaukan kerana anak-anak semuda usia dua dan tiga tahun pun sudah bermain iPad dan gajet elektronik lain seolah-olah peralatan berkenaan yang menjadi pengasuh sementara ibu-bapa,” katanya.

Beliau berucap semasa merasmikan penutupan Hari Keselamatan Internet (SID) 2018 Edisi Malaysia di ibu negara hari ini.

Rosmah yang juga penaung Program Permata berkata walaupun kerajaan menyediakan kerangka keselamatan siber kepada rakyat namun senjata paling berkesan adalah melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan dan meningkatkan kemahiran untuk menangani ancaman siber.

“Tanpa pengetahuan dan pengawasan, besar kemungkinan anak-anak belajar berselindung di sebalik pelbagai identiti di laman sosial dengan tidak rasa bersalah. Inilah permulaan kepada tingkah laku menipu.

“Anak-anak juga terdedah dan belajar mengguna bahasa kasar dan taktik buli selain berisiko direkrut menjadi penjenayah, pengganas atau terrorist. Sekarang pun sudah berleluasa penyebaran maklumat dan berita palsu dengan tujuan memfitnah serta memalukan individu,” jelasnya.

Memandangkan keutuhan keluarga boleh digugat oleh ancaman siber, Rosmah berkata inisiatif ‘Keibubapaan Siber’ yang diperkenalkan Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA), Majlis Kebangsaan Pertubuhan-Pertubuhan Wanita Malaysia (NCWO) dan CyberSecurity Malaysia adalah disokong.

“Konsep keibubapaan siber ini mungkin baharu, tetapi ia perlu diketengahkan bagi memastikan keselamatan anak-anak dan institusi keluarga di era digital memandangkan keluarga adalah tempat mula membentuk identiti, harga diri serta nilai murni,” katanya.

Turut hadir Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin.

Sementara itu, Ketua Eksekutif Agensi Keselamatan Siber Negara (Nacsa) Ir. Md Shah Nuri Md Zain berkata perkembangan teknologi yang pesat memerlukan pendidikan khusus berkaitan kaedah penggunaannya.

“Kita sedar terdapat pelbagai ancaman siber yang muncul daripad penggunaan teknologi yang meluas, namun kita tidak boleh menolak teknologi atau membiarkan ancaman tersebut berlaku ke atas diri atau anggota keluarga.

“Jadi semua pihak perlu diberi kesedaran bagi meningkatkan pengetahuan dalam penggunaan teknologi ini supaya ancaman yang dihadapi dapat ditangani dengan berkesan,” katanya.

Terdahulu Rosmah turut melancarkan ‘Buku Panduan Keibubapaan Siber’ yang boleh dimuat turun di laman web www.cybersafe.my.

SID disambut pada Februari setiap tahun, bagi mempromosi keselamatan internet, memupuk serta meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai keselamatan siber agar lebih bertanggungjawab menggunakan teknologi.

Tema sambutan SID 2018 edisi Malaysia ialah “Keibubapaan Siber – Keluarga Bingkas Siber Bermula Dengan Anda”. – BERNAMA

Tags: anakinternet
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tak Bolehkah Sementara Bantu Anak Melayu Bumiputera Kita Bantu Juga Anak Kita Yang Lain? – PM Anwar

Tak Bolehkah Sementara Bantu Anak Melayu Bumiputera Kita Bantu Juga Anak Kita Yang Lain? – PM Anwar

23/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bantuan kepada rakyat tidak seharusnya dilihat dari sudut kaum semata-mata,...

Lebih 60 Peratus Kanak-kanak Miliki Peranti, Layari Internet Hingga 4 Jam Sehari

Lebih 60 Peratus Kanak-kanak Miliki Peranti, Layari Internet Hingga 4 Jam Sehari

02/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Sebanyak 55.7 peratus kanak-kanak di negara ini menggunakan internet selama satu hingga empat jam sehari tahun lalu. Pengerusi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd