• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kedah Tiada Peluang Separuh Masa Pertama

oleh Ahmad Albab
04/02/2018
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – “Kedah tidak mempunyai sebarang peluang ketika separuh masa pertama, namun mereka berjaya menjaringkan gol pendahuluan”

Itu antara reaksi Ketua Jurulatih Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Ulisses Morais berhubung perlawanan dengan Kedah malam tadi.

Menurut beliau, pemain JDT tidak berasa terlalu tertekan selepas ketinggalan satu gol kerana mereka hanya mahu meneruskan perlawanan dengan corak permainan yang sama.

Kata beliau, atas faktor itu pasukan JDT berjaya menyamakan kedudukan pada separuh masa pertama.

“Benar kami melakukan dua atau tiga kesilapan di kawasan tengah hingga memberi peluang kepada Kedah, namun secara keseluruhan JDT menguasai sepanjang 90 minit perlawanan.

“Kami tidak bermain secara individu kerana kami bermain sebagai satu pasukan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

JDT berjaya menumpaskan Kedah 2-1 dalam perlawanan Sumbangsih di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin di sini malam tadi.

Kejayaan JDT itu sekali gus menjulang Piala Sultan Ahmad Shah untuk kali ketiga selepas melakukannya pada 2015 dan 2016.

Skuad Harimau Selatan bagaimanapun terlebih dikejutkan dengan 0-1 hasil jaringan awal Pablo Palares pada minit ke-15.

Pasukan tuan rumah namun bangkit menerusi jaringan Luciano Figueroa serta Marcos Antonio untuk mencipta kemenangan.

Morais berkata, tidak adil untuk beliau menyalahkan mana-mana pemain JDT apabila gawang JDT terlebih dahulu bolos dalam perlawanan malam tadi.

“Apabila kami menang, kami menang bersama, dan apabila kami tewas, kami tewas bersama,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

Tags: JDTKedah FA
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bola Keranjang Projek Sukan Terbaharu JDT

Bola Keranjang Projek Sukan Terbaharu JDT

28/06/2026
0

JOHOR BAHRU – Pemilik kelab bola sepak Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Mahkota Ismail memaklumkan bola keranjang bakal menjadi projek...

PM Anwar Datang Mengadap TMJ

PM Anwar Datang Mengadap TMJ

22/06/2026
0

OLEH MYNEWSHUB  KUALA LUMPUR, 22 Jun — Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadap Pemangku Sultan Johor, DYAM Tunku Mahkota...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd