• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

JDT Tewaskan Persija Jakarta 3-0

oleh Ahmad Albab
16/02/2018
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Beraksi di laman sendiri memberi kelebihan kepada pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) apabila membenam wakil dari Indonesia, Persija Jakarta 3-0 dalam saingan Kumpulan H Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin di sini, malam ini.

Pada perlawanan tersebut, JDT lebih banyak menguasai permainan dan seawal 30 saat permainan bermula, benteng pertahanan pasukan pelawat diasak menerusi percubaan Jorge Pereyra Diaz, diikuti serangan demi serangan daripada pemain tuan rumah.

Usaha keras JDT akhirnya membuahkan hasil pada minit ke-29 setelah Ahmad Hazwan Bakri berjaya menyempurnakan hantaran Mohd Azrif Nasrulhaq untuk meletakkan pasukan tuan rumah di hadapan.

Gol tersebut ternyata menaikkan semangat pemain skuad Harimau Selatan dan berpunca daripada kelalaian penjaga gol Persija, Andritany Ardhiyasa, Pereyra Diaz bijak menyumbat masuk gol kedua JDT pada minit ke 41.

Bersambung babak kedua permainan, Persija cuba bangkit merapatkan kedudukan, tetapi percubaan mereka gagal.

Peluang terbaik pasukan pelawat menjaringkan gol ​​​​hadir pada minit ke-71, namun rembatan Bambang Pamungkas terkena tiang gol.

Sebaliknya, JDT menambah derita pasukan pelawat apabila Muhammad Safawi Rasid meledak gol ketiga pada minit ke-75, dan kedudukan itu kekal sehingga ke wisel penamat. – BERNAMA

Tags: JDTPiala AFC
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

JDT Memenangi Lapan Kategori Liga M Awards 2025-26

JDT Memenangi Lapan Kategori Liga M Awards 2025-26

13/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) mengungguli lapan kategori Liga M Awards 2025-26 yang berlangsung malam...

JDT ‘Belasah’ Chelsea Dalam Open Play, Penalti Jadi Penyelamat The Blues

JDT ‘Belasah’ Chelsea Dalam Open Play, Penalti Jadi Penyelamat The Blues

10/08/2026
0

ISKANDAR PUTERI – Johor Darul Ta’zim (JDT) mengikat kelab gergasi Liga Perdana Inggeris, Chelsea FC dengan keputusan 3-3 di Stadium...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd