• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, October 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Guru Maut Kereta Dinaiki Tembung Pacuan 4 Roda

oleh AK-47
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Seorang guru maut manakala suaminya cedera parah apabila kereta dinaiki mereka bertembung dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda di Km4.5 Jalan Bindu Dalam, dekat Batu Pahat, hari ini.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat ACP Abdul Wahib Musa berkata kemalangan berlaku kira-kira 10.30 pagi tadi dan menyebabkan Nur Farhana A. Razak, 29, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan di kepala manakala suaminya, Mohamad Hashim Marhaban,31, kini kritikal di Unit Rawatan Rapi Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI), Batu Pahat.

“Kemalangan turut menyebabkan ibu mangsa, Hazah Abd Kadir, 60, serta dua anak mangsa, Muhammad Hadif Zafri Mohamad Hashim, 3, dan Muhammad Hafiy Iman Mohamad Hashim, 11 bulan, cedera, namun, mereka mereka dilaporkan stabil dirawat di HSNI,” katanya yang dihubungi di sini hari ini.

Abdul Wahib berkata kemalangan berlaku ketika Nur Farhana bersama keluarganya yang menaiki kereta Perodua Myvi dalam perjalanan dari arah Jalan Kluang ke Tongkang Pechah, Batu Pahat.

Beliau berkata siasatan awal mendapati kenderaan jenis Isuzu yang dipandu dari arah bertentangan oleh seorang individu yang sedang dikenal pasti identitinya telah memasuki laluan Perodua Myvi yang dipandu Mohamad Hashim lalu bertembung.

Abdul Wahib berkata pemandu Isuzu berkenaan turut mengalami kecederaan dan polis akan menahannya bagi membantu siasatan.

Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – BERNAMA

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Najib Sangat Kecewa, Tapi Kami Akan Terus Mengharunginya – Yana

Najib Sangat Kecewa, Tapi Kami Akan Terus Mengharunginya – Yana

14/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak sangat kecewa selepas Mahkamah Tinggi hari ini menolak...

Kerajaan Mansuh 5 Skim Perkhidmatan Penerbangan Berkuat Kuasa 1 Oktober, Tiada Lagi Pelantikan Baharu

Kerajaan Mansuh 5 Skim Perkhidmatan Penerbangan Berkuat Kuasa 1 Oktober, Tiada Lagi Pelantikan Baharu

14/10/2026
0

PUTRAJAYA - Kerajaan memansuhkan lima skim perkhidmatan berkaitan sektor penerbangan susulan perubahan status Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) berkuat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd