Sunday, May 5, 2024

Creating liberating content

Ramadan: Peniaga Dinasihat Tak...

KUALA LUMPUR - Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) memohon kerjasama pihak berkuasa...

Tindakan Ke Atas Dr...

MELAKA - Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron percaya situasi politik negara...

Agong, Raja-Raja Sokong Kerajaan...

Rembau: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan bahawa Yang di-Pertuan Agong Sultan...

STING Tahan 11 Individu,...

KUALA LUMPUR - Pasukan Khas Taktikal dan Risikan Narkotik (STING) Bukit Aman berjaya...

Gadis Penggal Kepala, Kerat Alat Sulit Kekasih

MENGERIKAN. Kematian seorang bekas anggota polis di tangan kekasihnya yang berusia 21 tahun telah mengejutkan penduduk di Rusia. Dalam kejadian itu, Dmitry Sinkevich, 24, telah dibunuh oleh Anastasia Onegina dalam ‘permainan’ seks.

Selepas membunuhnya, Anastasia telah memenggal kepala, memotong alat sulit dan pipi, memotong jari tangan dan kaki mangsa. Sebahagian badan dibuang ke dalam tong sampah manakala sebahagian lagi disimpan dalam peti sejuk

Keadaan di apartmen Anastasia ketika itu kelihatan seperti pusat penyembelihan daging.

Dia bagaimanapun menafikan membunuh Dmitry sebaliknya memberitahu hanya menemui mayat lelaki itu.

Bimbang dituduh membunuh, dia kemudian memotong mayat Dmitry. Bagaimanapun tidak lama kemudian, Anastasi mengaku menyebabkan kematian lelaki itu dalam `permainan’ seks.

Dalam pada itu, seorang jiran yang sempat melihat ke dalam rumah Anastasi berkata, daging mangsa tergantung dengan tangan dan kaki dalam tong sampah. Manakala jari-jari pula bersepah di atas lantai.

Menurut laporan, ketika Anastasia sedang memotong mayat itu, kakaknya, Ksenia telah menghubunginya dan bertanyakan apa yang dilakukan oleh gadis itu.


“Dia memberitahu sedang memotong teman lelakinya. Ksenia kemudian menghubungi bapa mereka yang juga seorang anggota polis,” demikian tulis laporan terbabit.

Sebelum ini, suami Anastasia telah meninggal dunia dalam keadaan mencurigakan sebaik sahaja mereka berkahwin.

Kini, mahkamah mengarahkan Anastasi menjalani ujian psikiatrik ketika siasatan kes itu dijalankan. – MYNEWSHUB.CC

  • Lagi berita berkaitan:
  • bunuh

Kategori