• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2 Abang Didakwa Cederakan 2 Adik Lelaki

oleh AK-47
27/02/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki yang didakwa bersama abangnya atas dua pertuduhan mencederakan dua adik mereka memberitahu Mahkamah Majistret Ampang di sini bahawa apa yang berlaku antara dia dan adik-beradiknya adalah berniat baik kerana Allah, bagi membetulkan hubungan keluarga mereka.

Fathullah Halim, 30, memberitahu demikian kepada Majistret Haslinda A.Raof ketika membuat rayuan bagi mengurangkan jaminannya dan abangnya Mohd Firdhaus Halim, 33, atas dua pertuduhan yang dihadapi mereka.

“Saya minta jasa baik… kurangkan wang jaminan kerana ini perselisihan keluarga, niat saya Lillalhitaala ingin perbetulkan silaturrahim keluarga… kerana dia (mangsa) telah derhaka pada ayah dan sebabkan ayah menitiskan air mata…,” katanya yang mempunyai dua orang anak.

Mahkamah membenarkan kedua-dua tertuduh diikat jamin masing-masing RM2,500 bagi kedua-dua pertuduhan dan menetapkan 2 April untuk sebutan semula kes.

Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya, Raihanah Abdul Razak menawarkan jaminan RM4,000 terhadap setiap seorang tertuduh yang tidak diwakili peguam itu.

Mohd Firdhaus dan Fathullah, peniaga pasar malam, didakwa atas dua pertuduhan dengan sengaja mencederakan dua adik mereka, Muhammad Hafeez Halim, 20, dan Hilal Halim, 25, di hadapan rumah dan di dalam rumah di Kampung Pandan Dalam, pada 9.30 malam, 20 Februari lepas.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau dengan denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Di mahkamah sama Mohd Firdhaus turut mengaku tidak bersalah dengan sengaja mencederakan Muhammad Hafeez, di tempat, waktu dan tarikh yang sama mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun atau dengan denda atau dengan sebat atau dengan mana-mana dua daripada hukuman-hukuman itu, jika sabit kesalahan.

Raihanah menawarkan wang jaminan RM5,000 dengan seorang penjamin namun Haslinda membenarkan Mohd Firdhaus diikat jamin RM3,000 dan menetapkan tarikh sama untuk sebutan semula kes.

Di mahkamah berasingan di hadapan Majistret Mohamad Firdaus Sadina Ali, dua beradik itu turut mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan dengan sengaja mencederakan Hilal dan Muhammad Hafeez di tempat, waktu dan tarikh yang sama mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Timbalan Pendakwa Raya, M.Arunjothy menawarkan wang jaminan masing-masing RM5,000 terhadap kedua-dua tertuduh namun mahkamah membenarkan mereka masing-masing diikat jamin RM2,000 dengan seorang penjamin bagi kedua-dua pertuduhan dan menetapkan 26 Mac untuk sebutan semula kes. – BERNAMA

Tags: Didakwa
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Inspektor Sheila Didakwa Lagi Atas Tuduhan Halang Tugas Anggota Polis

Inspektor Sheila Didakwa Lagi Atas Tuduhan Halang Tugas Anggota Polis

12/11/2025
0

KUALA LUMPUR: Pegawai polis dikenali 'Inspektor Sheila' didakwa lagi di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan menghalang tugas...

Pukau, Curi Wang Pelancong, 5 Warga Iran Didakwa Di Pulau Pinang Esok

Pukau, Curi Wang Pelancong, 5 Warga Iran Didakwa Di Pulau Pinang Esok

14/08/2025
0

GEORGETOWN: Lima warga Iran termasuk dua wanita yang ditahan pada 2 Ogos lalu bagi membantu siasatan kes mencuri wang pelancong...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd