• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, December 12, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Didenda Gagal Kemuka Rekod Suntikan Pekerja

oleh AK-47
15/02/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sebuah syarikat pengurusan restoran ‘mamak’ didenda RM5,000 oleh Mahkamah Majistret Ampang di sini hari ini atas pertuduhan gagal mengemukakan rekod suntikan vaksin dan latihan pengendali makanan untuk pekerja di restoran itu, tahun lalu.

Majistret Mohamad Firdaus Sadina Ali menjatuhkan hukuman itu ke atas Al Fahima Management Sdn Bhd yang menguruskan Restoran Shafa Maju, selepas syarikat itu yang diwakili pengarah syarikatnya, seorang lelaki wargaa India selaku Orang Kena Saman (OKS), membuat pengakuan bersalah.

Syarikat itu didakwa tidak mematuhi Peraturan 11(1)(c) Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009 iaitu gagal mengemukakan rekod suntikan vaksin dan latihan pengendali makanan semasa pemeriksaan di Restoran Shafa Maju, pusat beli belah Spectrum, Bandar Baru Ampang, Ampang, di sini pada 12.15 tengah hari, 23 Mac 2016.

Pertuduhan dikemukakan di bawah Peraturan 11(2) Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM10,000 atau penjara sehingga dua tahun.

Mengikut fakta kes, pegawai daripada Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Langat telah menjalankan pemeriksaan di restoran mamak berkenaan dan mendapati premis itu gagal mengemukakan rekod suntikan vaksin dan latihan pengendali makanan.

Ketika rayuan, wakil syarikat itu yang tidak diwakili peguam memohon mahkamah menjatuhkan hukuman ringan dan berjanji untuk tidak mengulangi kesalahan itu serta memastikan kesemua pekerja restoran mendapat suntikan vaksin dan latihan sewajarnya.

Pegawai Pendakwa Pejabat Kesihatan Hulu Langat Mahfuz Mohamad memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal mengambil kira keseriusan kesalahan syarikat itu yang telah mengabaikan aspek keselamatan pelanggan dan kebersihan restoran.

“Majoriti pekerja di restoran itu adalah warga asing dari India. Menggaji pekerja yang tidak diberi suntikan vaksin adalah amat berisiko untuk pelanggan.

“Pengendali makanan sepatutnya mengendali makanan dalam keadaan sihat, selamat dan bersih untuk menjaga hak orang awam daripada dihinggapi penyakit berbahaya,” katanya. – BERNAMA

Tags: didenda
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Penuntut Warga Russia Didenda RM10,000 Rakam Tayangan Filem Di Pawagam

Penuntut Warga Russia Didenda RM10,000 Rakam Tayangan Filem Di Pawagam

25/11/2025
0

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki warga Russia didenda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, kerana merakam tayangan filem dengan...

Lelaki Kejar, Takutkan Isteri Dengan Gunting, Didenda RM2,800

Lelaki Kejar, Takutkan Isteri Dengan Gunting, Didenda RM2,800

29/08/2024
0

MELAKA: Seorang pekerja pengurusan jenazah didenda RM2,800 oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh hari ini, selepas mengaku bersalah menakutkan isterinya dengan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd