• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, December 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penuntut Warga Russia Didenda RM10,000 Rakam Tayangan Filem Di Pawagam

oleh Mohd Arshad
25/11/2025
dalam Jenayah
0
Penuntut Warga Russia Didenda RM10,000 Rakam Tayangan Filem Di Pawagam
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki warga Russia didenda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, kerana merakam tayangan filem dengan menggunakan telefon bimbitnya di dalam sebuah pawagam pusat beli-belah di Bukit Jalil.

Hakim Izralizam Sanusi menjatuhkan hukuman itu ke atas Golod Artem, 21, selepas tertuduh yang juga penuntut sebuah universiti swasta itu mengaku bersalah.

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara 10 bulan sekiranya gagal membayar denda berkenaan. Tertuduh membayar denda itu.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa menggunakan telefon bimbitnya untuk merekod sebahagian tayangan filem ‘Now You See Me 3’ di dalam sebuah pawagam pusat beli-belah di Bukit Jalil, di sini, kira-kira jam 2.30 petang 13 November lalu.

Pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 43A(1) Akta Hak Cipta 1987 yang memperuntukkan hukuman denda minimum RM10,000 dan maksimum RM100,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Mohamad Ikhwan Mohd Nasir, memohon mahkamah mengenakan hukuman setimpal dengan mengambil kira kepentingan awam perlu diutamakan berbanding kepentingan peribadi.

“Tertuduh sedar bahawa merakam di dalam pawagam adalah satu kesalahan. Sebagai warga asing, dia seharusnya menghormati undang-undang negara ini,” katanya.

Peguam, Kanesan Subrananiam yang mewakili tertuduh, bagaimanapun memohon hukuman ringan atas alasan rakaman itu dibuat untuk tujuan peribadi dan bukan bagi tujuan komersial, selain anak guamnya juga tidak dapat menghadiri kuliah sejak direman pada 13 November lalu.

Berdasarkan fakta kes, pengadu yang merupakan pengurus pawagam, mendakwa melihat tertuduh mengeluarkan telefon bimbit dan merakam ketika filem ‘Now You See Me 3’ ditayangkan di pawagam itu.

Selepas melakukan pemantauan sekitar 45 minit, pengadu masuk ke dalam pawagam dan berdiri di belakang tertuduh bagi mengesahkan perbuatan itu.

Setelah yakin tertuduh sedang merakam, pengadu membawa tertuduh ke ruang lain sebelum hasil pemeriksaan dalam galeri telefon bimbit tertuduh menemui sebahagian babak filem ‘Now You See Me 3’ berdurasi 31 minit yang sedang ditayangkan dalam sesi tayangan perdana.

Hasil pemeriksaan terhadap rakaman kamera litar tertutup (CCTV) pula mendapati tertuduh dipercayai pernah melakukan perbuatan serupa pada 9 Oktober lalu.

Bernama-

Tags: didendarakam tayangan filemWarga Russia
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Lelaki Kejar, Takutkan Isteri Dengan Gunting, Didenda RM2,800

Lelaki Kejar, Takutkan Isteri Dengan Gunting, Didenda RM2,800

29/08/2024
0

MELAKA: Seorang pekerja pengurusan jenazah didenda RM2,800 oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh hari ini, selepas mengaku bersalah menakutkan isterinya dengan...

Siasatan 5 Individu Termasuk Anak MB Perlis Turut Babitkan Minuman Untuk Raja

Komen Jelik Nahas Helikopter: Peniaga Hidap Bipolar Didenda RM23,000

26/04/2024
0

TAIPING: Seorang peniaga dalam talian didenda RM23,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, kerana mengeluarkan komen jelik berhubung nahas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd