• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Blogger Alam Sekitar Vietnam Dihukum 14 Tahun Penjara

oleh Ahmad Albab
07/02/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

HANOI – Sebuah mahkamah di Vietnam tengah, hari ini, menjatuhkan hukuman 14 tahun penjara ke atas seorang blogger alam sekitar yang didakwa menyalahgunakan kebebasan media untuk menentang pegawai kerajaan, kata peguam.

Aktivis kemanusiaan Vietnam, Hoang Duc Binh atau lebih dikenali sebagai Hoang Bingh, memimpin beberapa bantahan terhadap pihak berkuasa yang didakwanya gagal menguruskan dengan baik bencana alam besar berpunca daripada loji keluli milik Taiwan’s Formosa Plastics Corp. pada 2016.

Meskipun, Vietnam menyaksikan pembaharuan ekonomi pesat dan mula bersikap terbuka terhadap perubahan sosial termasuk hak LGBT, pentadbiran Parti Komunis tetap mengawal ketat kebebasan media dan tidak bertolak ansur terhadap sebarang kritikan.

Binh dikenakan dua hukuman penjara dengan masing-masing tujuh tahun bagi kesalahan menyalahgunakan kebebasan media yang boleh menggugat kepentingan negara dan menghalang pegawai menjalankan tugas.

Sementara, rakan blogger berkenaan, Nguyen Nam Phong dikenakan hukuman dua tahun penjara, kata peguam mereka, Ha Huy Son pada Reuters ketika dihubungi menerusi telefon.

“Binh mengaku tidak bersalah manakala Phong, memohon dikurangkan hukumannya. Perbicaraan dijalankan tanpa bukti dan objektif kukuh. Mereka adalah mangsa,” katanya. – Reuters/BH ONLINE

Tags: bloggerPenjara
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

“Puluhan Tahun Hambun Saya, Terlempar Dalam Penjara, Sekarang Masa Allah Takdirkan” – PMX

“Puluhan Tahun Hambun Saya, Terlempar Dalam Penjara, Sekarang Masa Allah Takdirkan” – PMX

13/06/2026
0

SEREMBAN - Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan kedudukannya sebagai Perdana Menteri hari ini adalah ketentuan Allah...

Jadi Ejen Sindiket Pemalsuan Dokumen, Lelaki Myanmar Dipenjara 12 Bulan

Jadi Ejen Sindiket Pemalsuan Dokumen, Lelaki Myanmar Dipenjara 12 Bulan

22/01/2026
0

Melaka: Ejen sindiket pemalsuan dokumen warga Myanmar dijatuhi hukuman penjara 12 bulan oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh, hari ini, atas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd