• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Beli Barang Harga Murah Di Jualan Sentuhan Rakyat

oleh Ahmad Albab
03/02/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEMPORNA – Karnival 1Malaysia Jualan Sentuhan Rakyat anjuran UMNO Bahagian Semporna di Tapak Regatta Lepa-Lepa di sini hari ini memberi peluang kepada penduduk di sini menikmati jualan harga runtuh barangan keperluan harian.

Karnival itu digerakkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Sabah bersama Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia dan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dengan menawarkan lebih 20 jenis barangan antaranya ikan, beras, tepung, gula, minyak masak, sayur-sayuran serta buah-buahan.

Tinjauan Bernama mendapati, ruangan niaga di Tapak Regatta itu dipenuhi pengunjung seawal 8 pagi untuk membeli barangan keperluan harian dengan perbezaan harga daripada 10 sen hingga RM10 daripada harga pasaran.

Peniaga kecil-kecilan di Kampung Simunul Sofia Abdul Raji, 39, mengambil peluang hari ini untuk membeli barangan seperti minyak masak dan tepung dengan harga lebih murah.

“Saya puas hati dengan program anjuran UMNO ini dan berharap program ini dapat diteruskan lagi,” katanya.

Bagi penduduk Kampung Kebimbangan di Pulau Bum-Bum, Waris Abdul Rahman, 63, beliau gembira dengan inisiatif kerajaan yang membawa pelbagai program memberi manfaat kepada penduduk pekan dan pulau di Semporna.

Dalam pada itu, Pemangku Ketua UMNO Bahagian Semporna merangkap Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senallang Datuk Seri Nasir Tun Sakaran berkata karnival itu antara inisiatif kerajaan membantu rakyat dalam mengurangkan kekangan kos sara hidup.

“Program ini mendapat sambutan menggalakkan daripada rakyat dan program ini diharap dapat dilaksanakan secara kerap oleh KPDNKK,” katanya.

Dalam pada itu, Pembantu Menteri Kewangan Sabah yang juga ADUN Bugaya Datuk Ramlee Marahaban berkata kejayaan penganjuran program ini bukti kerajaan cukup prihatin dengan rakyat.

“Kita lihat hari ini, barang-barang yang dijual diberikan diskaun 50 peratus daripada harga pasaran,” katanya dan menambah penurunan harga tersebut ditanggung kerajaan dalam bentuk subsidi. – BERNAMA

Tags: Harga BarangRakyat
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

“Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim Silap Langkah” – Lim Guan Eng

“Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim Silap Langkah” – Lim Guan Eng

11/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Penasihat DAP, Lim Guan Eng menyifatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai silap langkah kerana menolak...

“Saya Tidak Tahu Bagaimana Rakyat Dan Sejarah Akan Menilai Saya” – Aminuddin

“Saya Tidak Tahu Bagaimana Rakyat Dan Sejarah Akan Menilai Saya” – Aminuddin

02/08/2026
0

SEREMBAN - Bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, beliau tidak tahu bagaimana rakyat dan sejarah akan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd