• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

BATC: Skuad Wanita Negara Mula Langkah Kanan

oleh AK-47
06/02/2018
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR — Skuad badminton wanita negara bermula cemerlang apabila menang 4-1 dalam aksi pertama menentang Vietnam pada Kejohanan Badminton Berpasukan Asia 2018 (BATC) hari ini.

Dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Sultan Abdul Halim, Suka Menanti di sini, Soniia Cheah mengejutkan pemain berpengalaman Vu Thi Trang 21-15, 21-17 untuk mata pertama negara.

Turun selaku perseorangan kedua, Goh Jin Wei menambah mata kedua selepas menundukkan Nguyen Thuy Linh 21-11, 21-15 manakala S.Kisona mengukuhkan lagi kedudukan skuad wanita negara dengan mata ketiga selepas mengalahkan Dinh Thi Phuong Hong 21-17, 21-18.

Gandingan Vivian Hoo-Woon Khe Wei bagaimanapun terpaksa memberikan kemenangan percuma kepada Vietnam selepas Khe Wei mengalami kecederaan lutut ketika terikat 10-10 di set pertama.

Chow Mei Kuan yang baharu digandingkan dengan Goh Yea Ching tidak menghadapi masalah melengkapkan kemenangan skuad negara apabila menundukkan Dinh Thi Phuong Hong-Do Thi Hoai 21-7, 21-18.

Malaysia akan berdepan skuad Filipina pada perlawanan kedua peringkat kumpulan.

Malaysia diundi dalam kumpulan Y bersama-sama Thailand, Vietnam dan Filipina. – BERNAMA

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Raja Permaisuri Agong Sempurnakan Pelancaran Kapal KD Tunku Laksamana Abdul Jalil

Raja Permaisuri Agong Sempurnakan Pelancaran Kapal KD Tunku Laksamana Abdul Jalil

24/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Raja Permaisuri Agong Raja, Zarith Sofiah berkenan berangkat ke Majlis Upacara Penamaan dan Pelancaran Kapal KD Tunku...

Kuching City FC Mohon Maaf Kepada Penyokong, Ucap Tahniah Kepada JDT

Kuching City FC Mohon Maaf Kepada Penyokong, Ucap Tahniah Kepada JDT

24/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Kelab bola sepak Kuching City FC mengucapkan tahniah kepada pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) susulan keputusan perlawanan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd