• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, December 12, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bapa Anak Satu Didenda Halang Tugas Anggota Polis

oleh AK-47
05/02/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Akibat menghalang tugas seorang anggota polis dengan melarikan diri kerana tidak memiliki lesen memandu, seorang bapa anak satu didenda RM2,000 atau dua bulan penjara oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Majistret Maizatul Munirah Abd Rahman menjatuhkan hukuman itu terhadap Syafiq Iskandar Abd Latif, 32, selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan menghalang penjawat awam iaitu Gerry Judin,33, dalam menjalankan fungsi jawatannya dengan memecut laju kereta untuk melarikan diri daripada pemeriksaan polis.

Lelaki yang tidak bekerja itu dituduh melakukan kesalahan berkenaan di hadapan Blok J13 Rumah Panjang Jinjang Kawasan A, Jinjang Utara Kuala Lumpur, Sentul di sini pada 12 tengah hari, 31 Jan lepas.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga dua tahun atau dengan denda maksimum RM10,000 atau kedua-duanya.

Terdahulu, Syafiq Iskandar yang tidak diwakili peguam memohon hukuman ringan atas alasan dia mempunyai seorang anak serta seorang isteri yang sedang sarat mengandung tujuh bulan.

“Saya mohon hukuman ringan kerana isteri saya akan bersalin dalam dua bulan lagi… saya lari daripada polis sebab saya tiada lesen memandu,”katanya.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Noorelynna Hanim Abd Halim memohon tertuduh dikenakan hukuman setimpal berbentuk pengajaran supaya tertuduh menghormati anggota polis.

Di mahkamah sama, seorang pekerja syarikat percetakan, Mohd Azhar Md Isa, 46, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menggunakan kekerasan jenayah terhadap seorang eksekutif wanita berusia 29 tahun dengan cara menyandar di bahagian belakang mangsa dengan maksud hendak mencabul kehormatannya.

Dia dituduh melakukan kesalahan itu di dalam LRT di antara stesen LRT KL Sentral dengan stesen LRT Dang Wangi di sini pada 7 malam, 26 Jan lepas mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau dengan denda atau dengan sebat atau dengan mana-mana dua daripada seksaan-seksaan itu, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Noorelynna menawarkan jaminan RM6,000 dengan seorang penjamin manakala tertuduh yang diwakili peguam A.Krishnaveni memohon jaminan rendah.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM2,000 dan menetapkan 1 Mac untuk sebutan semula kes. – BERNAMA

Tags: didenda
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Penuntut Warga Russia Didenda RM10,000 Rakam Tayangan Filem Di Pawagam

Penuntut Warga Russia Didenda RM10,000 Rakam Tayangan Filem Di Pawagam

25/11/2025
0

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki warga Russia didenda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, kerana merakam tayangan filem dengan...

Lelaki Kejar, Takutkan Isteri Dengan Gunting, Didenda RM2,800

Lelaki Kejar, Takutkan Isteri Dengan Gunting, Didenda RM2,800

29/08/2024
0

MELAKA: Seorang pekerja pengurusan jenazah didenda RM2,800 oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh hari ini, selepas mengaku bersalah menakutkan isterinya dengan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd