• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Banjir Makin Buruk, 55 Sekolah Ditutup Di Sarawak

oleh Ahmad Albab
08/02/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Jabatan Pendidikan Sarawak melaporkan 55 sekolah ditutup dan tidak beroperasi hari ini selepas keadaan banjir semakin buruk di negeri ini.

“Berikutan penutupan 55 sekolah tersebut 6,637 pelajar tidak dapat mengikuti pembelajaran,” kata jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS).

Banjir itu turut menyebabkan 16 klinik kesihatan terjejas, daripada jumlah tersebut lima klinik tidak dapat beroperasi.

“Lima klinik tersebut ialah Klinik Kesihatan Nanga Taroh, Mukah; Klinik Kesihatan Sungai Arip, Sibu; Klinik Kesihatan Ulu Teru, Miri; Klinik Kesihatan Nanga Tau dan Klinik Kesihatan Sangan di Bintulu,” katanya dalam kenyataan di sini.

Menurut JPBNS ​jumlah penduduk terjejas banjir di negeri ini juga terus meningkat kepada 5,562 mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) setakat 8 pagi ini berbanding 4,859 orang malam tadi.

Kesemua mangsa yang terdiri daripada 1,682 keluarga itu ditempatkan di 32 PPS di Samarahan, Serian, Sarikei, Sibu, Mukah, Bintulu dan Limbang.

Mangsa banjir paling ramai dicatatkan di Samarahan iaitu 1,483, Bintulu (1,321), diikuti Serian (1,227), Sibu (978), Limbang (453), Mukah (92) dan Sarikei (lapan), menurut kenyataan itu. – BERNAMA

Tags: Banjirsarawak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Selangor Perlu Akui Pelan Banjir Gagal, Kata PAS

Selangor Perlu Akui Pelan Banjir Gagal, Kata PAS

22/04/2026
0

SHAH ALAM – Kenyataan media terbaharu daripada PAS Selangor mencetuskan perhatian apabila parti itu secara terbuka menggesa kerajaan negeri mengakui...

Objek Disyaki Serpihan Angkasa Dikesan di Ruang Udara Sarawak

Objek Disyaki Serpihan Angkasa Dikesan di Ruang Udara Sarawak

09/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) menasihati orang ramai agar tidak menyentuh sebarang objek mencurigakan yang mungkin...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd