• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Awas! Bahan Asing Dadah Dalam Kopi Pracampuran

oleh AK-47
04/02/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Siasatan awal polis tidak menolak kemungkinan kopi pracampuran yang diminum dua lelaki Nepal sehingga menyebabkan mereka mengalami gejala letih yang teruk dipercayai mengandungi bahan asing disyaki sejenis dadah.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Anuar Omar berkata berdasarkan ujian analisis sampel kopi yang dijalankan pegawai teknologi makanan, makmal keselamatan dan kualiti makanan Pulau Pinang mendapati terdapat kandungan dadah namun belum dapat dipastikan jenis apa.

“Hasil analisis sampel paket kopi yang diberikan seorang wanita tidak dikenali kepada dua pengawal keselamatan itu juga menunjukkan bahawa paket itu telah dibuka dan dilekatkan semula kerana bahagian bawah paket itu menunjukkan kesan koyakan.

“Berat paket yang dilekatkan semula itu juga menunjukkan penambahan lebih 10 gram(g) daripada berat asal iaitu 40g kepada 50g dan dalam serbuk kopi itu mengandungi bendasing berwarna hijau berbeza dengan paket asal,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata sampel kopi itu juga dihantar ke Jabatan Kimia untuk dianalisis bagi mengenal pasti jenis sebenar dadah yang dicampur dalam paket tersebut.

Anuar berkata siasatan lanjut masih dijalankan termasuk mengesan wanita yang memberikan kopi pracampuran itu kepada dua lelaki Nepal berkenaan.

Beliau berkata dua wanita yang turut dimasukkan ke Hospital Pulau Pinang (HPP) selepas minum kopi berkenaan kerana mengalami gejala yang sama dalam kejadian 27 Jan lepas memperoleh kopi itu daripada orang yang menderma kepada sebuah tokong.

Seramai lima individu termasuk dua wanita mendapatkan rawatan di HPP selepas mengalami gejala letih dan lemah yang teruk malah ada yang tidak sedarkan diri selepas dipercayai minum sejenis kopi sejak Ahad hingga Selasa.

Semua mereka berusia 19 hingga 62 tahun ditahan di wad untuk pemerhatian dan dijalankan beberapa ujian. Tiga daripadanya dibenarkan keluar wad selepas keadaan mereka bertambah baik.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Kesihatan Pulau Pinang, Dr. Wan Mansor Hamzah ketika dihubungi berkata tiada kes baharu dilaporkan dan siasatan berhubung sampel kopi serta ujian ke atas pesakit telah selesai dijalankan.

“Maklumat dan hasil ujian berhubung kes itu diserah kepada pihak Kementerian Kesihatan untuk tindakan lanjut,” katanya. – BERNAMA

Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tak Bolehkah Sementara Bantu Anak Melayu Bumiputera Kita Bantu Juga Anak Kita Yang Lain? – PM Anwar

Tak Bolehkah Sementara Bantu Anak Melayu Bumiputera Kita Bantu Juga Anak Kita Yang Lain? – PM Anwar

23/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bantuan kepada rakyat tidak seharusnya dilihat dari sudut kaum semata-mata,...

PM Anwar Seru Golongan Majoriti Selamatkan Malaysia – “Minoriti Yang Bising, Marah, Berhimpun, Tanam Kebencian, Fitnah”

PM Anwar Seru Golongan Majoriti Selamatkan Malaysia – “Minoriti Yang Bising, Marah, Berhimpun, Tanam Kebencian, Fitnah”

23/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Anwar Ibrahim menggesa golongan majoriti rakyat negara ini bangkit menyelamatkan Malaysia daripada kelompok kecil yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd