• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

7 Lelaki Direman Bantu Siasatan 2 Beradik Maut

oleh Ahmad Albab
13/02/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Tujuh lelaki direman tujuh hari bagi membantu siasatan kes dua beradik lelaki maut dipercayai dicederakan menggunakan parang dan bet besbol selepas menghadiri majlis sambutan hari lahir di sebuah pangsapuri di Seksyen 19, Petaling Jaya dekat sini, semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Supt. Ku Mashariman Ku Mahmood berkata kesemua individu berumur 30 hingga 50 tahun itu direman bermula hari ini sehingga 18 Februari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

“Kita masih mencari beberapa individu lagi bagi membantu siasatan,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Perintah reman itu dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret Petaling Jaya, Hairul Azhar Mohd Ishak hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 2.30 pagi itu, kedua-dua mangsa berusia 36 dan 44 tahun bersama lebih 20 tetamu dikatakan berkumpul dan minum minuman keras di sebuah khemah di bawah pangsapuri selepas majlis itu selesai.

Kedua-dua mangsa kemudiannya dipercayai berselisih faham dengan tetamu lain sehingga berlaku pergaduhan antara mereka sebelum maut di lokasi kejadian akibat cedera parah. – BERNAMA

*Video sekadar hiasan…

Tags: kes gaduhmaut
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PMX Anwar Dukacita Tiga Anggota Polis Maut, Arah Siasatan Menyeluruh

PMX Anwar Dukacita Tiga Anggota Polis Maut, Arah Siasatan Menyeluruh

07/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melahirkan rasa dukacita terhadap tragedi tiga anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM)...

Menteri Pertahanan Khaled Nordin Ziarah Keluarga Allahyarham Prebet Siti Khadijah

Menteri Pertahanan Khaled Nordin Ziarah Keluarga Allahyarham Prebet Siti Khadijah

28/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin hari ini menziarahi keluarga Allahyarhamah Prebet Siti Khadijah Sungip, antara...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd