• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

10 Anggota APM Terengganu Bantu Pantau Keselamatan

oleh AK-47
05/02/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Terengganu akan meletakkan 10 anggotanya untuk membantu mengawal keselamatan di Tasik Kenyir dekat Hulu Terengganu bermula pertengahan bulan ini atau selewat-lewatnya pada awal Mac depan.

Pengarahnya, Leftenan Kolonel Che Adam A Rahman berkata ia adalah sebahagian daripada kolaborasi di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan bersama-sama dengan kerajaan negeri Terengganu, Pejabat Daerah Hulu Terengganu, Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah, Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu, Majlis Daerah Hulu Terengganu, Polis Diraja Malaysia dan beberapa agensi lain.

“Program ini sebagai menyambut hasrat Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim yang bersetuju untuk APM Terengganu memberi kerjasama kepada kerajaan negeri dalam memastikan keselamatan di pusat pelancongan itu berada di tahap optimum,” katanya kepada Bernama hari ini.

Beliau berkata APM Terengganu juga diminta membantu kerajaan negeri sebagai ‘mata dan telinga’ bagi menyampaikan maklumat kepada pihak berkuasa, jika terdapat akitiviti berkaitan pencerobohan di Tasik Kenyir.

“Kita juga telah berbincang dengan Pengarah Perhilitan Negeri Terengganu, dan akan berkerjasama dengan agensi tersebut bagi menempatkan anggota APM di kawasan pintu masuk ke Taman Negara iaitu di Tanjung Metung, Tasik Kenyir,” katanya. – BERNAMA

Tags: APMLeftenan Kolonel Che Adam A Rahman
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

‘Setiap Kali Harga Diesel Naik 80 Sen Tak Lebih Tak Kurang, Eh, Biar Betul…” – Ka Siong

‘Setiap Kali Harga Diesel Naik 80 Sen Tak Lebih Tak Kurang, Eh, Biar Betul…” – Ka Siong

26/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong menyifatkan kenaikan harga diesel sebanyak tiga kali pada...

Air Pasang Besar Dijangka Landa Perlis, APM Siap Siaga Kemungkinan Banjir

Air Pasang Besar Dijangka Landa Perlis, APM Siap Siaga Kemungkinan Banjir

16/10/2024
0

KANGAR - Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Perlis bersiap siaga dengan kemungkinan banjir gelombang ketiga di negeri itu pada Jumaat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd