• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 2, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wajarkah Tindakan Guru Viral Kelakuan Murid Di Kelas?

oleh
15/02/2025
dalam Utama & Sensasi, Video Viral
0
Share on FacebookShare on Twitter

DISEDARI atau pun tidak, ada segelintir guru sekolah zaman sekarang yang gemar merakam dan memuat naik kelakuan pelajar mereka untuk dipertontonkan kepada orang ramai melalui laman sosial.

Sejak beberapa hari lalu, tular sebuah rakaman yang menyaksikan seorang guru yang dilihat seronok ‘membuli’ muridnya di dalam kelas dan kemudian bertindak menyebarkan videonya pula.

Menerusi rakaman video itu, guru berkenaan pada mulanya dilihat hanya menyakat murid berkenaan sehingga menangis sebelum menyuruhnya pulang ke rumah.

“Rindu? Haaa… Cakaplah rindu. Lepaih tu? Nak balik la? Nak peluk mama?” usik guru itu.

Murid itu kemudiannya dilihat sebak dan menangis ekoran tidak tahan diusik oleh guru berkenaan.

Video tersebut tular sekaligus mengundang pelbagai reaksi daripada netizen yang rata-rata menganggap tindakan itu tidak wajar.

Bukan itu sahaja, malah ia juga mampu menimbulkan pelbagai kesan terhadap kehidupan seseorang murid termasuk gangguan emosi.

Seorang guru sepatutnya perlu bertindak sebagai pemberi galakan dan bimbingan kepada murid agar dapat belajar dengan rajin. Bukannya, ‘membuli’ kemudian menularkannya pula untuk dijadikan bahan ketawa ramai.

Apakah kesan psikologi yang dilalui kanak-kanak terbabit pada masa kini dan pada masa akan datang dalam hidupnya?

Para guru kerap kali bersungguh menekankan dan mengajar mengenai pentingnya murid menghormati mereka, namun bagaimana pula guru menghormati anak murid?

Walaupun anak murid anda masih muda, namun itu tidak bererti boleh buat apa yang anda suka tanpa mengambil perasaan mereka.

Tidak boleh main rakam apa-apa sahaja sebagai bahan lawak. Hormat-menghormati istilah yang tepat dan bukan hormat satu hala sahaja.

Video guru yang memalukan anak muridnya ini sengaja kami siarkan. Bukan kami mahu tularkan tetapi kami mahu pembaca Mynewshub menilai sendiri sikap guru dalam klip terbabit.

Pandangan kami guru seperti ini sepatutnya dipecat.

Kalau anda rasa ia adalah jenaka, maka berikan galakan kepada guru jenis ini untuk terus merakam dan memalukan anak murid mereka sehingga suatu hari nanti anak, adik atau saudara mara anda pula yang menjadi mangsa.

Mungkin ketika itu anda akan faham bukan hanya guru perlu dihormati, tetapi anak murid mereka juga.

Anda seorang guru itu niatnya murni memuat naik sesuatu ke lama sosial maka ia boleh diterima.

Contohnya ingin orang ramai membantu anak muridnya yang mengalami kekangan kewangan untuk belajar, memerlukan bantuan perubatan dan sebagainya.

Itu boleh diterima malah harus digalakan. Namun yang jenis hendak bagi orang ketawa tanpa mengambil kira kesan psikologi ke atas murid, seharusnya dikenakan tindakan tegas.

Bagaimana pendapat anda dalam isu ini? – MYNEWSHUB.CC/AM

Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Buang Besi Dari Atas, Nyaris Nak Campak Tong Gas!

Next Post

Gadis Brazil Berbikini Buat Orang Tertarik MV Joe

Related Posts

Tindakan Tengku Zafrul Buka Pintu Sukar Dijangka Dalam Kerajaan Perpaduan – Rafizi

Tindakan Tengku Zafrul Buka Pintu Sukar Dijangka Dalam Kerajaan Perpaduan – Rafizi

01/06/2025
0

AMPANG: Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Rafizi Ramli menyifatkan tindakan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz keluar UMNO dan...

UMNO Teliti Implikasi Akta Anti-Lompat Parti Libatkan Senator

UMNO Teliti Implikasi Akta Anti-Lompat Parti Libatkan Senator

01/06/2025
0

SHAH ALAM - Biro Undang-Undang UMNO diminta untuk meneliti implikasi Akta Anti-Lompat Parti, termasuk kedudukan seorang senator susulan kontroversi melibatkan...

Next Post

Gadis Brazil Berbikini Buat Orang Tertarik MV Joe

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd