• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, October 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

UMNO Teliti Implikasi Akta Anti-Lompat Parti Libatkan Senator

oleh Mohd Arshad
dalam Politik
0
UMNO Teliti Implikasi Akta Anti-Lompat Parti Libatkan Senator
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Biro Undang-Undang UMNO diminta untuk meneliti implikasi Akta Anti-Lompat Parti, termasuk kedudukan seorang senator susulan kontroversi melibatkan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Ketua Penerangan UMNO, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, langkah itu penting bagi memastikan semua tindakan selanjutnya mematuhi kerangka perundangan ditetapkan.

“Saya mengambil maklum keputusan Senator, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz untuk tidak lagi bersama parti (UMNO).

“UMNO menghormati kebebasan setiap individu membuat pilihan politik, namun perlu ditegaskan bahawa perwakilan dalam Jemaah Menteri disandang adalah atas mandat parti yang diwakili, bukan atas kapasiti peribadi,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Sinar Harian pada Jumaat melaporkan, Tengku Zafrul mengumumkan peletakan jawatannya sebagai ahli Majlis Tertinggi, Ketua UMNO Bahagian Kota Raja serta ahli UMNO, dan pada masa sama menyatakan niat untuk menyertai PKR.

Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga Presiden UMNO pada Sabtu pula mengesahkan Setiausaha Kerja UMNO, Datuk Mohd Sumali Reduan telah menerima surat peletakan jawatan Tengku Zafrul.

Mengulas lanjut, Azalina yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) menegaskan, meskipun Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempengerusikan Majlis Perpaduan setiap menteri yang dilantik adalah sebagai wakil rasmi parti masing-masing.

UMNO katanya, tetap komited memberi khidmat kepada negara dalam kerangka Kerajaan Perpaduan dan akan terus menunaikan amanah rakyat.

“Saya menyeru ahli dan penyokong agar kekal fokus kepada pembangunan negara.

“Politik individu boleh berubah, tetapi perjuangan parti demi agama, bangsa dan negara harus kekal,” katanya.

SinarHarian-

Tags: tengku zafrulUMNO
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

UMNO Lepaskan Kerusi Dimenangi Demi Perpaduan Ummah – Azrul Abu Hasan

UMNO Lepaskan Kerusi Dimenangi Demi Perpaduan Ummah – Azrul Abu Hasan

28/10/2026
0

MELAKA - UMNO sanggup melepaskan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput yang dimenanginya sebelum ini dan bertanding di kerusi...

Tengku Zafrul Akui Kenaikan Gaji Minimum Boleh Jejas Perniagaan ‘Cukup-Cukup Makan’

Tengku Zafrul Akui Kenaikan Gaji Minimum Boleh Jejas Perniagaan ‘Cukup-Cukup Makan’

30/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Penasihat Politik Kanan kepada Perdana Menteri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz mengakui kenaikan gaji minimum...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd