• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 19, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gadis Brazil Berbikini Buat Orang Tertarik MV Joe

oleh
26/01/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SETIAP orang pasti mempunyai minat berlainaan dari segi genre muzik dan ada juga yang hanya mendengar muzik bagi mengisi masa lapang sahaja.

Bagi penyanyi lagu Drop yang mana muzik videonya menjadi kontroversi hangat, Joe Flizzow tidak menafikan bahawa ‘bonus’ pada lagu itu ialah apabila menampilkan wanita Brazil yang hanya berbikini.

Joe atau nama sebenarnya Johan Ishak, 39, berasa sangat yakin bahawa kebanyakan netizen pasti ingin tahu siapakah gerangan wanita tersebut.

“Saya akui ada yang tak minat genre muzik rap atau hip hop seperti ini turut menonton MV lagu tersebut kerana mahu tahu tentang gadis Brazil itu.

“Saya tak nafikan mereka ini turut menyumbang kepada jumlah tontonan di laman tersebut,” katanya dipetik daripada mStar Online.

Disebabkan itu, video Drop berkenaan telah menerima lebih daripada 1.3 juta kali tontonan sejak dimuat naik pada 23 November yang lalu.

Segala kritikan dan kejian yang ditinggalkan langsung tidak diendahkan oleh Joe.

“Saya tahu ada yang kritik penampilan gadis tersebut tapi saya lebih senang untuk tidak membaca komen tersebut.

“Rata-rata yang memuji adalah peminat genre muzik ini dan yang memberi kecaman adalah mereka yang bukan penggemarnya,” tambahnya.

Selain itu, penyanyi lagu Apa Khabar itu juga baru sahaja dilantik sebagai duta jam tangan baharu berjenama Hublot.

Sebagai seorang penyanyi, jam itu merupakan satu aksesori yang wajib ada bersama dengan dirinya.

“Saya tak boleh keluar rumah tanpa jam. Pernah terjadi satu kejadian, saya terpaksa pulang semula ke rumah semata-mata ingin mengambil jam yang tertinggal.

“Apabila diberi kepercayaan oleh jenama besar ini, ia merupakan satu kebanggaan dan harapan saya agar mampu membawa jenama dan nama saya sendiri ke peringkat antarabangsa,” ujarnya lagi.

Alif Sleeq

Dalam masa yang sama, selepas lagu Drop, Joe bakal mengeluarkan satu lagi single baharunya yang akan menampilkan Alif (bekas kumpulan Sleeq) sebagai teman kolaborasinya.

Single itu dijadualkan bakal dilancarkan sebelum Ramadhan tahun ini. – MYENWHSUB.CC/AH

Tags: joe flizzowKlip Video
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Wajarkah Tindakan Guru Viral Kelakuan Murid Di Kelas?

Next Post

Skandal Projek Terowong: LGE Berang Macam Budak?

Related Posts

Malaysia Pertimbang Cari Semula MH370

Hannah Yeoh ‘Tegur’ Joe Flizzow

03/03/2024
0

KUALA LUMPUR: "Pakaian sekolahnya tak seperti pakaian sekolah yang normal. Dia memakai seluar 'baggy' dan baju selalunya tak 'tuck in'...

Tiada Sengketa Antara Saya Dan Malique – Joe Flizzow

Tiada Sengketa Antara Saya Dan Malique – Joe Flizzow

14/05/2023
0

PETALING JAYA: Penyanyi Hip Hop terkenal tanah air, Joe Flizzow, 44, menegaskan tidak pernah mempunyai sengketa dengan penyanyi, Malique, 45,...

Next Post

Skandal Projek Terowong: LGE Berang Macam Budak?

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd