• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Video: Sakan Berjoget Di Plaza Tol Sungai Rasau

oleh AK-47
04/01/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SAMBUTAN Tahun Baharu 2018 diraikan secara berbeza kali ini, apabila detik 12 tengah malam disambut dengan laluan tanpa tol di empat plaza tol lebuh raya termasuk di Sungai Rasau, Selangor.

Pemerhatian kami menerusi laman sosial mendapati netizen khasnya golongan pemandu ada memuat gambar dan rakaman video meraikan berita gembira sempena penutupan operasi kutipan di plaza tol berkenaan secara rasmi.

Menariknya, aksi seorang pemandu Proton Pesona yang dilihat sakan ‘berjoget’ ketika melalui lorong laluan Smart Tag di Plaza Tol Sungai Rasau, Shah Alam mengundang gelak tawa ramai netizen.

Menerusi rakaman video berdurasi dua minit 21 saat, pemandu terbabit secara selamba keluar daripada kenderaan sambil menggelekkan pinggulnya kepada pengguna lebuh raya yang lain.

Aksi lelaki berkenaan mungkin disebabkan terlalu gembira apabila tak perlu lagi mengeluarkan wang untuk melepasi tol tersebut.

Membuatkan pemandu yang merakam gelagatnya turut memberikan sorakan dan tertawa melihatkan aksinya.

“Lagi, lagi, lagi sikit, yes, happy new year, happy new year!” kata pemandu berkenaan.

Tindakan individu itu turut menarik perhatiaan pengguna jalan raya yang lain di mana ada di antara mereka menekan hon kenderaan masing-masing sebagai tanda terhibur dengan aksinya.

Sebelum ini, pengguna perlu membayar RM1 di Tol Sungai Rasau manakala RM1.10 untuk Tol Batu Tiga yang terletak tidak jauh dari situ.

Apa yang jelas, usaha yang diperjuangkan oleh Barisan Nasional selama 10 tahun ini sememangnya dapat meringankan beben rakyat, khususnya dalam kos perjalanan.

Kutipan tol di kedua-dua plaza berkenaan bermula 15 November 1993 dan ditamatkan 20 tahun lebih awal daripada tempoh ditetapkan dalam perjanjian konsesi Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS). – MYNEWSHUB.CC

Tags: lebuh rayaplaza tol
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tiada Kenaikan Tol 10 Konsesi Lebuh Raya – Fahmi

Tiada Kenaikan Tol 10 Konsesi Lebuh Raya – Fahmi

18/12/2025
0

Kuala Lumpur: Mesyuarat Jemaah Menteri semalam telah memutuskan tiada kenaikan tol bagi 10 konsesi lebuh raya untuk 2026, kata Menteri...

Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Bergerak Perlahan

Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Bergerak Perlahan

19/10/2025
0

KUALA LUMPUR: Aliran trafik di semua lebuh raya bertol di Lembah Klang secara keseluruhannya bergerak lancar setakat jam 2.55 petang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd