• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

VAT Saudi: TH Umum Bayaran Haji Tetap Kekal RM9,980

oleh Ahmad Albab
04/01/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Bayaran haji jemaah Malaysia kekal RM9,980 walaupun kerajaan Arab Saudi memperkenalkan Cukai Nilai Tambah (VAT) pada kadar lima peratus baru-baru ini.

Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji (TH), Datuk Seri Johan Abdullah berkata, TH sedia maklum dan telah mengambil kira faktor cukai nilai tambah tersebut dalam pengiraan kos operasi musim haji 1439H/2018M.

“Pelaksanaan cukai tersebut tidak memberi impak secara langsung kepada Jemaah Haji Muassasah kali pertama kerana bayaran haji kekal sebanyak RM9,980.

“Namun begitu, keseluruhan subsidi haji yang akan ditanggung oleh TH dijangka meningkat kepada RM400 juta seperti yang telah diumumkan TH bulan lalu,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Johan berkata, TH sejak tahun 2009 menanggung lebih RM1 billion subsidi haji dalam mendokong aspirasi kerajaan untuk menjaga kebajikan jemaah haji Malaysia agar dapat menunaikan ibadah haji dengan selesa.

Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) telah memulakan VAT yang bersamaan dengan cukai barang dan perkhidmatan (GST) pada kadar lima peratus bermula 1 Januari 2018 serta menaikkan tarif elektriknya.

Negara berkenaan turut menaikkan harga petrol sehingga 126 peratus hasil penstrukturan subsidi bahan apinya, dalam mengatasi kepincangan kedudukan fiskal negara itu disebabkan harga minyak yang rendah

VAT atau di Malaysia dikenali sebagai GST dipraktikkan di lebih 160 negara seluruh dunia sebagai satu daripada sumber pendapatan terbaik kepada belanjawan sesebuah negara. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Arab SaudiGSTTabung Haji
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Mekah Terus Dikawal Dengan Sistem Pertahanan Udara Ultra Moden

Mekah Terus Dikawal Dengan Sistem Pertahanan Udara Ultra Moden

24/05/2026
0

OLEH MYNEWSHUB  ARAB SAUDI sekali lagi menunjukkan tahap kesiapsiagaan luar biasa menjelang musim Haji 2026 apabila Kementerian Pertahanannya menayangkan video...

Penerbangan Bawa 278 Jemaah Haji Malaysia Mendarat Di Oman Ekoran Isu Teknikal

Penerbangan Bawa 278 Jemaah Haji Malaysia Mendarat Di Oman Ekoran Isu Teknikal

05/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Lembaga Tabung Haji (TH) memaklumkan penerbangan KT051 (MH8110) kendalian Malaysia Airlines (MAS) yang membawa jemaah haji Malaysia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd