• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, April 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Singapura Mansuh Tol Masuk Di Woodlands 1 Februari

oleh Ahmad Albab
07/01/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SINGAPURA – Mulai 1 Februari, Singapura akan memansuhkan caj tol bagi semua kenderaan yang masuk ke republik itu menerusi Pusat Pemeriksaan Woodlands dan mengurangkan caj bagi kenderaan keluar dari republik itu di pusat sama, menurut Pihak Berkuasa Pengangkutan Darat (LTA).

Ketika ini caj tol bagi kenderaan yang memasuki Singapura menerusi Woodlands adalah S$2.70 (bagi kereta), S$4 (van/kenderaan ringan (perdagangan), S$5.30 (kenderaan berat -perdagangan), S$1.40 (teksi) dan S$2.20 (bas).

(S$1 bersamaan kira-kira RM3).

LTA di dalam laman webnya menyatakan, mulai 1 Februari kereta yang keluar dari Singapura menerusi Woodlands akan dikenakan caj S$1 (kurang daripada caj sedia ada S$3.80), van/kenderaan ringan (perdagangan) S$1.50 (S$5.80), kenderaan berat (perdagangan) S$2 (S$7.70), teksi S$0.50 (S$1.90), dan bas S$0.80 (S$3.10).

Caj sedia ada di Pusat Pemeriksaan Woodlands dikuatkuasakan pada 1 Oktober 2014. Caj tidak dikenakan ke atas motosikal yang masuk dan keluar menerusi Woodlands.

LTA berkata semakan semula itu bagi memadankan pemansuhan caj tol oleh Malaysia baru-baru ini di Lebuhraya Skim Penyuraian Trafik Johor Bahru Timur.

“Ini selaras dengan dasar Singapura sejak sekian lama dalam memadankan caj tol oleh Malaysia,” katanya.

Menurut LTA, tiada perubahan caj tol di Pusat Pemeriksaan Tuas.

Bagi kedua-dua laluan di Pusat Pemeriksaan Tuas, motosikal dicaj S$0.50, kereta S$3.20, van/kenderaan ringan (perdagangan) S$7.40, kenderaan berat (perdagangan) S$14.70, teksi S$2.50 dan bas S$3.90. – BERNAMA

Tags: Tol
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tiada Kenaikan Tol 10 Konsesi Lebuh Raya – Fahmi

Tiada Kenaikan Tol 10 Konsesi Lebuh Raya – Fahmi

18/12/2025
0

Kuala Lumpur: Mesyuarat Jemaah Menteri semalam telah memutuskan tiada kenaikan tol bagi 10 konsesi lebuh raya untuk 2026, kata Menteri...

‘Adakah Kerajaan Negeri, Pusat Luluskan Kutipan Tol Di Jalan Genting Highlands Oleh Pihak Swasta?’ – MCW

‘Adakah Kerajaan Negeri, Pusat Luluskan Kutipan Tol Di Jalan Genting Highlands Oleh Pihak Swasta?’ – MCW

14/11/2025
0

KUALA LUMPUR: Jalan raya yang digunakan orang awam tidak boleh dikenakan tol secara unilateral oleh pihak swasta, kata Presiden Pemerhati...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd