• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sarawak Meterai Perjanjian Dengan Petronas

oleh AK-47
15/01/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Kerajaan Sarawak hari ini memeterai perjanjian dengan Petronas bagi penyertaan ekuiti dalam Petronas LNG 9 Sdn Bhd (PL9SB), yang memiliki kemudahan pencecairan kesembilan (Train 9) gas asli cecair (LNG) di Bintulu, Sarawak.

Di bawah perjanjian tersebut, Sarawak akan memperoleh kepentingan ekuiti sebanyak 10 peratus dalam PL9SB.

Pada majlis itu, kerajaan negeri diwakili oleh Setiausaha Kewangan Negeri, Datuk Seri Ahmad Tarmizi Sulaiman manakala Petronas diwakili oleh Naib Presiden Kanan Strategi Korporat, M Firouz Asnan.

Ia disaksikan oleh Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg serta Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas, Tan Sri Wan Zulkiflee Wan Ariffin.

Pada sidang media kemudiannya, Abang Johari melahirkan penghargaan kepada Petronas bagi penyertaan Sarawak dalam PL9SB.

Beliau berkata langkah itu merupakan antara cara Sarawak dan Petronas dapat bekerjasama susulan syarikat minyak nasional itu telah mengambil kira kepentingan negeri untuk mengambil bahagian dalam aktiviti hiliran.

Sementara itu, Petronas dalam kenyataan yang dikeluarkan pada majlis itu berkata dengan kapasiti pengeluaran sebanyak 3.6 juta tan setahun (mtpa), Train 9 memulakan operasi komersialnya pada Januari 2017 dan meningkatkan jumlah kapasiti pengeluaran Petronas LNG Complex kepada 30 mtpa.

“Acara hari ini menggariskan kerjasama yang panjang antara kerajaan negeri dan Petronas, terutamanya dalam membangunkan dan menambah nilai kepada sumber hidrokarbon di Sarawak,” menurut Petronas.

Pada majlis sama, Petronas Chemicals Marketing Labuan (PCML) Ltd dan Hubline Bhd memeterai memorandum persefahaman (MoU) kerjasama logistik yang membolehkan Hubline menyertai panel pengangkutan produk petrokimia PCML.

MoU itu ditandatangani oleh Pengerusi Hubline, Ibrahim Baki dan Naib Pengerusi, Datuk Richard Wee manakala PCML diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Shamsairi M Ibrahim, dan Ketua Bekalan dan Pengedaran, Normah Basri.

Hubline, sebuah syarikat senaraian awam yang berpangkalan di Sarawak, dan terlibat dalam industri perkapalan. Ia memberi tumpuan kepada penghantaran pukal kering selama hampir 20 tahun dan kini merancang untuk mengembangkan perkhidmatan penghantaran kimia cecairnya dan menjangka hubungan jangka panjang yang positif dengan PCML.

Ibrahim berkata dengan kerjasama PCML, Hubline berharap dapat memperluaskan capaiannya ke pasaran seperti Australia, New Zealand dan China, kawasan yang Petronas turut membekalkan produk seperti urea. – BERNAMA

Tags: petronas
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Petronas Jamin Bekalan Bahan Api di Stesen Seluruh Negara Mencukupi Sehingga Jun 2026

Petronas Jamin Bekalan Bahan Api di Stesen Seluruh Negara Mencukupi Sehingga Jun 2026

15/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Petronas memaklumkan bahawa bekalan bahan api di semua stesen minyaknya di seluruh negara mencukupi sehingga hujung Jun...

Isham Jalil Persoal Keuntungan Tambahan Petronas, Rakyat Berhak Tahu

Isham Jalil Persoal Keuntungan Tambahan Petronas, Rakyat Berhak Tahu

04/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Isham Jalil mempersoalkan jumlah sebenar keuntungan bersih tambahan yang diperoleh Petronas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd