• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, September 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Remaja Tinggalkan Bayi Untuk Berparti Dipenjara

oleh Ahmad Albab
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEORANG remaja yang membiarkan bayinya kebuluran hingga meninggal dunia semata-mata kerana ingin berparti dengan kawan-kawannya, telah dipenjarakan selama enam setengah tahun.

Viktoria Kuznetsova, 17, dari Rostov, Rusia, tidak menunjukkan emosi ketika hukuman itu dibacakan di mahkamah.

Ketika perbicaraan, mahkamah diberitahu bahawa Viktoria merancang untuk membunuh bayinya yang berusia sembilan bulan, Egoq, apabila gadis itu mula belajar di kolej.

Dia juga memberi alasan bayinya itu sering terjaga pada waktu malam menyebabkan dia tidak boleh keluar dengan kawan-kawannya.

Selepas suaminya yang bekerja sebagai anggota tentera terpaksa keluar bertugas, dia meletakkan bayinya dalam kereta sorong, mengunci pintu dan kemudiannya keluar bersama kawan-kawannya.

Dia kemudiannya menghabiskan masa seminggu berparti dengan kawannya di asrama kolej dan pada masa yang sama anaknya kelaparan.

Viktoria hanya balik ke rumah untuk memberikan anjing minum.

“Punca kematian bayi ini adalah disebabkan dehidrasi dan kelaparan. Ketika bayi ini ditemui dalam rumah Viktoria, matanya masih terbuka,” kata pendakwaraya.

Malah menurut penyiasat, ketika ditemui bayi itu hanya tinggal tulang rangka.

Menurut polis pula, Viktoria langsung tidak menunjukkan perasaan bersalah dan tidak peduli apa yang berlaku. Ketika bayi itu berusia sebulan, Viktoria telah memberikan bayinya kepada rumah anak yatim namun dipulangkan semula kepadanya ketika bayi itu berusia tujuh bulan.

Kini hukuman yang diterima oleh Viktoria itu disifatkan sebagai terlalu ringan, menyebabkan masyarakat mahu hukuman lebih berat dikenakan kepadanya. – MYNEWSHUB.CC

Tags: partiremaja
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Parti Makkal Sakti Cadang BN Keluar Kerajaan Madani Secepat Mungkin

Parti Makkal Sakti Cadang BN Keluar Kerajaan Madani Secepat Mungkin

27/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Parti Makkal Sakti Malaysia mencadangkan supaya Barisan Nasional (BN) keluar daripada Kerajaan Madani secepat mungkin kerana kerjasama...

“Demokrasi Sudah Berubah Menjadi Macam Satu Agama” – Siti Kasim

“Demokrasi Sudah Berubah Menjadi Macam Satu Agama” – Siti Kasim

13/07/2026
0

KUALA LUMPUR - Peguam dan aktivis, Siti Kasim mendakwa keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor semalam menunjukkan bahawa mentaliti pengundi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd