• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, October 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rakyat Mexico Perlu Bekerja Lebih 24 Jam Sehari Beli Makanan

oleh AK-47
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MEXICO CITY – Seorang rakyat Mexico yang mendapat gaji minimum perlu bekerja selama 24 jam 31 minit setiap hari bagi membolehkan mereka membeli bekalan makanan asas, menurut satu kajian sebuah universiti – berbanding tempoh 21 jam dan 13 minit pada awal penggal pentadbiran Presiden Enrique Pena Nieto.

Pusat Analisis Antara Disiplin (CAM) Universiti Autonomi Kebangsaan Mexico membuat kesimpulan itu dalam satu laporan baharu bertajuk “Mexico 2018: Another social and politic defeat of the working class; the wage rises that were born dead.”

Anggota fakulti ekonomi universiti itu, Luis Lozano Arredondo dan David Lozano Tovar berkata gaji minimum terakhir Mexico yang mencukupi untuk membeli keperluan asas dan masih mempunyai sedikit baki ialah pada Disember 1987.

“Sejak itu, tidak ada lagi kemungkinan untuk memulihkan kuasa pembelian.”

Pada 1987, hanya 4 jam dan 53 minit tempoh bekerja diperlukan untuk mendapatkan belanja bagi membeli keperluan asas.

Ini bermakna pekerja mempunyai masa 19 jam dan 7 minit untuk melakukan aktiviti peribadi, termasuk waktu rehat dan masa senggang.

Pada Oktober 2017, gaji minimum di Mexico ialah 80.04 peso (kira-kira US$4.15) bagi waktu bekerja selama lapan jam sehari namun harga bagi ‘Recommended Food Basket’ (CAR) harian ialah 245.34 peso (US$12.70).

Ini bermakna kehilangan kuasa pembelian antara 16 Dis 1987 dan 26 Okt 2017 ialah sebanyak 80.8 peratus.

Sebelum gaji minimum tahun ini meningkat kepada 88.36 peso (US$4.59), seorang rakyat Mexico hanya mampu membeli sebanyak 32.62 peratus daripada CAR.

Bagaimanapun, kos bekalan asas seperti telur, avokado, gas cecair dan tortila jagung telah meningkat antara 24 dan 34 peratus.

Presiden Enrique Pena Nieto telah meraikan kenaikan gaji minimum itu dan menyifatkan ia sebagai “bukan satu pelarasan yang kecil, terutama apabila mengambil kira bahawa gaji minimum ialah 60 peso pada permulaan pentadbiran ini.”

Bagaimanapun, harga CAR turut meningkat sebanyak 44.24 peso (US$2.30) sejak 2015.

Kajian itu menyalahkan polisi neoliberal kerana mempromosi satu situasi yang menyaksikan ketiadaan waktu bekerja yang mencukupi dalam sehari untuk mendapatkan belanja bagi memenuhi keperluan asas.

“Mereka yang membenarkan perkara ini berlaku – seperti ahli perniagaan, kerajaan, parti politik, kesatuan sekerja di bawah kawalan majikan – tidak pernah berminat untuk membela golongan pekerja, kehidupan mereka ataupun keperluan hidup sebagai manusia.” – BERNAMA-NNN-TELESUR

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Menteri Pendidikan Fadhlina Pertahan Keputusan Ubah Had IPU Penutupan Sekolah

Menteri Pendidikan Fadhlina Pertahan Keputusan Ubah Had IPU Penutupan Sekolah

15/10/2026
0

KUALA LUMPUR – Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek mempertahankan keputusan Kementerian Pendidikan (KPM) menetapkan semula penutupan sekolah apabila Indeks...

Lembaga Adat Luak Jelebu Pertikai Kesahihan Pelantikan Undang Ke-17

Lembaga Adat Luak Jelebu Pertikai Kesahihan Pelantikan Undang Ke-17

15/10/2026
0

JELEBU - Lembaga Adat Luak Jelebu mempertikaikan kesahihan proses pemilihan, pelantikan dan istiadat Menzahirkan Kejadian Undang Luak Jelebu ke-17 di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd