• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, April 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rakyat Marhaen Kecewa Tun M Calon PM Pakatan

oleh Ahmad Albab
08/01/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Jika anggota parti Pakatan Harapan boleh berasa kecewa, rakyat marhaen pastinya jauh lebih kecewa apabila gabungan parti pembangkang itu menamakan individu yang banyak melakukan onar kepada negara selama ini, Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai calon Perdana Menteri.

Presiden Empirical Malaysia, Anina Saadudin berkata, perkara itu jelas terlihat apabila Parti Amanah Negara (PAN) Johor dan Perak serta akar umbi Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang merupakan parti terawal menganggotai Pakatan Harapan sebelum kehadiran parti Mahathir menolak pencalonan Mahathir sebagai Perdana Menteri sementara pembangkang.

Kata beliau, rakyat marhaen turut mula mempersoalkan apakah Malaysia mahu mencipta rekod dunia melantik calon paling lewat usia yang berusia hampir 100 tahun untuk memerintah sesebuah negara atau memiliki satu-satunya Perdana Menteri dalam dunia yang menjadi Perdana Menteri semula selepas berjaya menjatuhkan dua Perdana Menteri selepasnya.

“Tidak sampai beberapa jam pengumuman itu, bait-bait perpecahan dalaman sudah timbul. Sebelum berlangsung konvensyen, PAN Johor memboikot Konvensyen Pakatan Harapan dan difahamkan PAN Perak juga memboikot konvensyen tersebut.

‘Terdapat sumber dalaman memberitahu sudah mula suara tidak berpuas hati dalam kalangan pemimpin serta ahli PAN yang rasa tertipu sebaik pengumuman Mahathir sebagai calon Perdana Menteri.

“Kemudian, PKR Selangor juga mengeluarkan kenyataan mengkritik keputusan dibuat semasa konvensyen. Nampaknya keputusan yang diharapkan memberi impak positif kepada pembangkang untuk menarik sokongan rakyat ditolak mentah-mentah oleh akar umbi sendiri,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Anina yang juga Bekas Ketua Serikandi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) berkata, pengumuman tersebut sebaliknya memberi implikasi buruk kepada pembangkang kerana menambah kecelaruan dan tidak mustahil bakal mengundang perpecahan dalaman dalam kalangan rakan parti gabungan itu.

Justeru, katanya, beliau mengucapkan tahniah kepada Mahathir kerana berjaya mempergunakan pembangkang untuk kepentingan diri dan keluarganya serta mengucapkan takziah kepada pembangkang kerana dipergunakan dengan mudah.

“Kepada seluruh pengundi Malaysia, tepuk dada tanyalah selera marhaen. Jangan terpedaya selera ahli politik di depan mata,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

Tags: RakyatTun Mahathir
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

85 Peratus Rakyat Tidak Terkesan Merujuk Kepada Pengguna Petrol, Diesel Bersubsidi

85 Peratus Rakyat Tidak Terkesan Merujuk Kepada Pengguna Petrol, Diesel Bersubsidi

19/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Bera, Norman Daud mempertahankan kenyataan Perdana Menteri bahawa 85 peratus...

Akmal Persoal Kesahihan Data 85 Peratus Rakyat Tak Terkesan Kenaikan Harga Diesel

Akmal Persoal Kesahihan Data 85 Peratus Rakyat Tak Terkesan Kenaikan Harga Diesel

18/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh meminta Perdana Menteri menjelaskan kepada rakyat berhubung data yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd