• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Raja Afiq Berang, Siar Foto Konon Hutang Ah Long

oleh
17/01/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

AL KISAH sebuah laman blog hiburan tempatan telah dikesan menyalahgunakan wajah pelakon Raja Afiq sebagai gambar hiasan seterusnya membuatkan pelakon tersebut berang!

Justeru Afiq atau nama sebenarnya, Raja Muhammad Afiq Raja Razali, 24, telah meluahkan perasaan kesalnya menerusi laman Instagram miliknya semalam.

“Assalammualaikum semua terima kasih pada yang keluar kan benda macam ni. Agak-agak lah aku guna duit sendiri untuk bayar semua benda. Tiba-tiba cakap hutang Ah Long bagai letak gambar macam tu kat depan apahal,” tulisnya di ruangan caption.

Artikel itu telah menyiarkan mengenai pengakuan Presiden Persatuan Seniman Malaysia, Zed Zaidi tentang seramai hampir 300 orang seniman yang dilaporkan pernah membuat pinjaman haram Ah Long sepanjang tahun lalu.

Pelakon drama Sayangku Kapten Mukhriz itu namun berasa amat kecewa dengan kerja mudah yang dibuat oleh blog tersebut menggunakan fotonya waima sudah disunting dekat bahagian matanya bagi ‘menutup’ wajah sebenar.

“Nak laku kan cerita jangan lah buat macam tu. Nak buruk kan orang agak-agak lah jangan sampai aku buat tindakan kat orang yang keluar kan benda macam ni,” tulisnya lagi.

Jika perkara itu masih berlarutan, Afiq tidak akan teragak-agak untuk memgambil tindakan kerana ianya telah menjatuhkan maruah dirinya sendiri.

Mungkin disebabkan perkara itu, perniagaan brownies dan roti jala yang diusahakan akan terjejas kerana khuatir jika ada pelanggan yang terperdaya dengan gambar palsu itu.

Baca: Tempias Fitnah, Raja Afiq Tiada ‘Job’ Lakonan

Kini, Afiq sedang giat menjalankan perniagaan menjual brownies roti jalan selepas dirinya terkena tempias angkara fitnah yang kononnya dia telah mengandungkan bekas kekasihnya.

Akibat fitnah itu, Afiq dikatakan langsung tidak mendapat tawaran lakonan malah turut disingkirkan daripada terlibat dalam sebuah drama pada saat akhir.

Ramai netizen turut bersimpati dengan nasib yang menimpa pelakon itu kerana satu demi satu fitnah telah melanda dirinya.

Apa pun, semoga Afiq tabah dengan dugaan yang melanda dan mungkin ada hikmah disebalik semua yang terjadi ini. – MYNEWSHUB.CC/AH

Tags: artis hutang ahlongfitnahRaja Afiq
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

“Siapa Fitnah Akan Masuk Neraka” – Teresa Kok

“Siapa Fitnah Akan Masuk Neraka” – Teresa Kok

12/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Seputeh DAP, Teresa Kok mengingatkan mana-mana pihak atau individu yang menfitnahnya akan masuk neraka. Beliau...

ADUN Teratai Buat Laporan Polis, Nafi Larang Laungan Azan

ADUN Teratai Buat Laporan Polis, Nafi Larang Laungan Azan

24/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Dewan Negeri (ADUN) Teratai, Yew Jia Haur membuat laporan polis terhadap pihak yang menuduh beliau melarang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd