• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, July 11, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pusat Rekreasi Air Panas Ulu Legong Akan Dinaik Taraf

oleh AK-47
05/01/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BALING – Beberapa kerja menaik taraf Pusat Rekreasi Air Panas Ulu Legong di sini akan dilaksanakan secara berperingkat berikutan jumlah pelancong terutamanya dari negara luar semakin meningkat sejak lokasi itu dimasukkan dalam kalendar pelancongan Kedah.

Pengurus pusat rekreasi itu Mardziah Muhamad Razi berkata kerja-kerja itu melibatkan beberapa bahagian seperti di kawasan kolam air panas dan chalet dengan bumbung teduhan akan dipasang di kolam tertentu bagi memudahkan para pengunjung menggunakan kolam itu pada siang hari.

“Struktur lantai dan sekitar kolam juga akan dinaik taraf bagi memastikan kawasan tersebut bebas licin. Di samping itu, tapak perkhemahan juga akan ditambah di sekitar pusat rekreasi itu termasuk meningkatkan tahap keselamatan di tapak baharu dan sedia ada.

“Ruang tapak perkhemahan kini menjadi satu keperluan kerana ramai pengunjung yang datang, memilih untuk berkhemah kerana mahu menikmati suasana malam di sini. Malah, berkhemah sering menjadi alternatif terbaik sekiranya chalet yang sedia ada di sini penuh,” katanya kepada Bernama hari ini.

Mardziah berkata selain itu pihaknya juga akan mengemas kini sistem tiket untuk kemasukan ke pusat rekreasi berkenaan dan sedang meneliti beberapa kaedah terbaik termasuk sistem imbasan pada gelang yang dilihat paling praktikal setakat ini.

“Semua proses naik taraf ini dilakukan melalui peruntukan bajet yang sudah dipersetujui bagi 2018. Ia sesuatu yang perlu dilakukan memandangkan sepanjang tiga bulan terakhir 2017 sahaja, kita menerima lebih 60,000 pengunjung dan kami jangka ia akan meningkat pada tahun ini,” katanya.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata taman tema mini yang dijangka dibina bermula April ini di pusat rekreasi itu bakal menjadi tarikan terbaharu di pusat rekreasi berkenaan.

Katanya taman tema itu akan dilengkapi dengan pelbagai jenis permainan dan aktiviti menarik seperti ‘flying fox’ sebagai pilihan alternatif kepada kanak-kanak selain mandi-manda di kolam air panas itu. – BERNAMA

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Adakah PH Bakal Kuasai Johor Esok?

Adakah PH Bakal Kuasai Johor Esok?

10/07/2026
0

RAMALAN Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd. Akin Pakatan Harapan (PH) akan menang sekurang-kurangnya 30 kerusi DUN Johor tidak sepatutnya dijadikan...

Asyraf Wajdi ‘Sekolahkan’ Caprice, ‘Iqra’ Bukan Surah Tapi Ayat Pertama

Asyraf Wajdi ‘Sekolahkan’ Caprice, ‘Iqra’ Bukan Surah Tapi Ayat Pertama

10/07/2026
0

JOHOR BAHRU – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menegur penyanyi rap dan aktivis, Caprice berhubung soalan agama...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd