• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, July 10, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Perak Selar Tindakan Warganya Tular “Pekung Sendiri”

oleh AK-47
12/01/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Ketua Polis Perak Datuk Hasnan Hassan hari ini menyelar tindakan segelintir “orang dalam” yang bertindak menularkan isu-isu berhubung salah laku serta masalah lain melibatkan warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) Perak.

Menyifatkan perbuatan itu sebagai “membuka pekung sendiri”, Hasnan berkata mereka sepatutnya menyalurkan sebarang maklumat mengenai perlakuan dan permasalahan warga PDRM Perak melalui saluran yang tepat.

Serentak itu beliau mahu Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Perak mewujudkan saluran khusus bagi memudahkan pegawai dan anggota menyalurkan laporan.

“Berita-berita mengenai salah laku warga PDRM khasnya PRDM Perak ditularkan melalui media sosial oleh ‘orang dalam’ sendiri dan ia seolah-olah ‘membuka pekung’ sendiri.

“Adakala perbuatan itu turut menyebabkan orang tidak bersalah terbabit sama. Budaya tular ini membuktikan seolah-olah kita tidak mampu menyelesaikan masalah dengan rasional dan matang,” katanya kepada pemberita di sini hari.

Hasnan berkata sebagai sebuah pasukan profesional, perbuatan menularkan sesuatu isu yang tidak pasti kesahihannya tidak harus berlaku serta dijadikan budaya dan boleh disiasat menurut Seksyen 233 (1) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Beliau sebelum itu menyaksikan majlis serah terima tugas melibatkan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) IPK Perak, Ketua Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) IPK dan Ketua Polis Daerah Taiping.

Pada majlis itu, Ketua JSJ IPK Perak Datuk Gan Tian Kee menyerahkan tugas kepada SAC Yahya Abd Rahman manakala Supt Mohd Radzuan Bachik menyerahkan tugas beliau kepada Supt Mohd Azlan Sanusi, sementara ACP Mohamad Taib menerima tugas sebagai Ketua Polis Daerah Taiping daripada Supt Razlam Abd Hamid.

Ditanya mengenai kes seorang pegawai dan dua anggota polis yang terlibat dalam kegiatan samun hujung bulan lepas, Hasnan berkata semua mereka telah ditukarkan ke bahagian pentadbiran PDRM Perak.

“Kita tidak boleh keluarkan mereka daripada pasukan begitu sahaja selagi mahkamah belum putuskan mereka bersalah, buat masa ini mereka ditugaskan di bahagian yang tidak memerlukan mereka berinteraksi dengan orang awam,” katanya.

Pada 28 Dis lalu, seorang inspektor dan dua anggota serta seorang orang awam direman enam hari bagi membantu siasatan kes kejadian samun berkumpulan dan memeras ugut di sebuah rumah di sini.

Bagaimanapun kesemua mereka dibebaskan dengan jaminan polis pada 2 Jan lalu. – BERNAMA

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Asyraf Wajdi ‘Sekolahkan’ Caprice, ‘Iqra’ Bukan Surah Tapi Ayat Pertama

Asyraf Wajdi ‘Sekolahkan’ Caprice, ‘Iqra’ Bukan Surah Tapi Ayat Pertama

10/07/2026
0

JOHOR BAHRU – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menegur penyanyi rap dan aktivis, Caprice berhubung soalan agama...

Malaysia Cadang Diplomasi Sains, Dana Jerebu Perkukuh Usaha ASEAN Tangani Jerebu

Malaysia Cadang Diplomasi Sains, Dana Jerebu Perkukuh Usaha ASEAN Tangani Jerebu

10/07/2026
0

KUALA LUMPUR – Malaysia mencadangkan pelaksanaan Diplomasi Sains dan Dana Jerebu Mampan bagi memperkukuh pelaksanaan Perjanjian ASEAN Mengenai Pencemaran Jerebu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd