• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, December 12, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penyelenggara Cederakan Peniaga Didenda RM1,500

oleh AK-47
09/01/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seorang penyelenggara pendingin hawa didenda RM1,500 oleh Mahkamah Majistret di sini hari, ini selepas dia mengaku bersalah terhadap pertuduhan mencederakan seorang peniaga, Khamis lepas.

Majistret Mahyudin Mohmad Som memerintahkan tertuduh Wong Chyau Chin ,35, menjalani hukuman penjara tiga bulan jika gagal membayar denda itu.

Wong didakwa mencederakan Kelvin Ng,39, di hadapan sebuah restoran di Cheras Business Centre, di sini pada 10.30 malam, 4 Jan lepas mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Di mahkamah sama, jurujual Artini Dustan ,21, dijatuhi hukuman penjara sehari dan denda RM1,000 atau penjara sebulan jika gagal membayar denda bagi kesalahan mencuri baju pelbagai jenama dan makanan bernilai keseluruhan RM239.90 di Kompleks Sogo di sini pada 2.30 petang, 6 Jan lepas.

Ibu anak satu itu didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda dan bagi kesalahan kali kedua dan seterusnya hendaklah dikenakan hukuman penjara dan denda atau sebat.

Kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam manakala pendakwaan bagi kedua-dua kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nur Farah Adilah Noordin. – BERNAMA

Tags: didenda
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Penuntut Warga Russia Didenda RM10,000 Rakam Tayangan Filem Di Pawagam

Penuntut Warga Russia Didenda RM10,000 Rakam Tayangan Filem Di Pawagam

25/11/2025
0

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki warga Russia didenda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, kerana merakam tayangan filem dengan...

Lelaki Kejar, Takutkan Isteri Dengan Gunting, Didenda RM2,800

Lelaki Kejar, Takutkan Isteri Dengan Gunting, Didenda RM2,800

29/08/2024
0

MELAKA: Seorang pekerja pengurusan jenazah didenda RM2,800 oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh hari ini, selepas mengaku bersalah menakutkan isterinya dengan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd