• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penghuni Zahir Rasa Syukur Dapat Rumah Lebih Selesa

oleh AK-47
04/01/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SUNGAI PETANI – Sepasang suami isteri di Kampung Pekan Sebelah, Bujang dekat sini, Ahmad Mat Rejab, 51, dan Che Miah Seman, 47, memanjatkan rasa syukur apabila bakal memiliki rumah yang lebih selesa untuk didiami mereka sekeluarga.

Ahmad berkata, sudah lama dia menyimpan hasrat menyediakan rumah yang lebih selesa memandangkan rumah yang didiami sejak 15 tahun lepas itu hanya mempunyai satu ruang dan tiada bilik tidur.

“Saya tiada modal untuk berbuat demikian namun saya dan isteri rasa amat bersyukur apabila permohonan kami diluluskan, bahkan kerja membaik pulih rumah saya telah bermula.

“Pembinaannya melibatkan dua bilik tidur dan satu bilik air, dapatlah saya dan isteri serta tiga anak perempuan berusia 11 hingga 21 tahun, bilik tidur yang lebih selesa,” katanya kepada pemberita ketika ditemui pada Program Gotong-Royong di rumahnya, di sini, hari ini.

Majlis perasmian disempurnakan Ketua UMNO Bahagian Merbok yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Dawai, Datuk Tajul Urus Mat Zain yang turut dihadiri Ketua Penolong Pengarah Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) negeri, Ahmad Tarmizi Mohd Asarani.

Sementara itu, Tajul Urus berkata pelaksanaan Projek Touch Point oleh ICU itu membabitkan sebanyak 25 buah rumah di bawah Parlimen Merbok.

“Setiap rumah diberi peruntukan RM10,000 untuk kerja baik pulih yang dilakukan secara bergotong-royong, daripada jumlah itu, ada rumah yang telah siap dibaik pulih dan ada yang sedang dalam pelaksanaan.

“Kita harap bantuan ini dapat sedikit sebanyak membantu rakyat yang kurang berkemampuan untuk menjalani hidup lebih selesa,” katanya. – BERNAMA

​​​​​​​

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

DAP Berhentilah Berselindung Di Sebalik Slogan ‘Kesamarataan’ – Mohamed Sukri

DAP Berhentilah Berselindung Di Sebalik Slogan ‘Kesamarataan’ – Mohamed Sukri

25/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda PAS Selangor, Mohamed Sukri Omar meminta DAP tidak berselindung di sebalik slogan 'kesamarataan' untuk mempertikaikan...

“Kalau Dah 80 peratus pelajar UEC ambil SPM, Tak Payahlah iktiraf UEC”

“Kalau Dah 80 peratus pelajar UEC ambil SPM, Tak Payahlah iktiraf UEC”

25/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Tiada keperluan mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) untuk kemasukan ke institusi pendidikan tinggi awam (IPTA) kerana 80...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd