• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PBT Diminta Pantau Peniaga Makanan Ringan

oleh AK-47
25/01/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Kementerian Pendidikan meminta Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) memantau dan mengambil tindakan terhadap premis atau individu yang menjual makanan ringan di luar kawasan sekolah.

Timbalan Menteri Pendidikan Datuk Chong Sin Woon berkata pemantauan itu perlu dibuat PBT kerana perkara tersebut di luar bidang kuasa pihak sekolah.

“Kita tidak mahu anak-anak kita membeli makanan dijual di luar kawasan sekolah yang tidak dapat dipastikan kualiti dan status kebersihannya yang boleh menjejaskan kesihatan mereka.

“Selain itu, ia bagi menjawab mengenai isu penjualan makanan diragui status halalnya yang perlu dipandang serius pihak berwajib kerana ada aduan mengatakan terdapat penjualan makanan ringan tiada cop halal yang disahkan kerajaan Malaysia,” katanya pada sidang media selepas Program Pemberian Bantuan Awal Persekolahan di sini, hari ini.

Turut hadir Ketua Pemuda MCA Negeri Sembilan Leaw Kok Chan, Pengetua Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina Kuo Min, Nilai Low Nyet Yin dan Pengetua SJK Tamil Nilai A. Anthony Mary.

Chong berkata kementeriannya sudah memastikan bahawa penjualan makanan dalam kawasan sekolah adalah berkhasiat dan terjamin kebersihannya.

​​​​Sementara itu, Chong berkata RM324.41 juta diperuntukkan bagi pemberian bantuan awal persekolahan itu kepada pelajar sekolah rendah dan menengah yang pendapatan keluarga mereka di bawah RM3,000.

Beliau berkata setiap pelajar menerima bantuan RM100 membabitkan peruntukan kira-kira RM309 juta manakala pelajar pra-universiti menerima RM250 setiap seorang.

“Di Negeri Sembilan, 110,558 pelajar layak menerima bantuan tersebut dan pemberiannya akan dilakukan dalam masa dua atau tiga minggu mulai hari ini. Kita harap ibu bapa dapat meluangkan masa untuk mengambil bantuan berkenaan supaya tiada isu duit hilang jika diberi kepada murid,” katanya.

Pada hari ini, dua buah sekolah di Nilai menerima pemberian bantuan awal persekolahan itu melibatkan peruntukan RM46,800, iaitu SJK Tamil Nilai menerima sejumlah RM30,500 dan SJK Cina Kuo Min (RM16,300). – BERNAMA

Tags: Datuk Chong Sin WoonPBT
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Surat Rasmi PBT Johor Bahasa Cina Berlaku Ketika Pentadbiran PH

Surat Rasmi PBT Johor Bahasa Cina Berlaku Ketika Pentadbiran PH

10/06/2026
0

JOHOR BAHRU – Isu tular melibatkan surat rasmi yang dikeluarkan oleh Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) dalam bahasa Cina berlaku...

Tiada Sekatan Rumah Ibadat Bukan Islam Di Premis Komersial, Lot Kedai – Kerajaan Selangor

Tiada Sekatan Rumah Ibadat Bukan Islam Di Premis Komersial, Lot Kedai – Kerajaan Selangor

24/05/2026
0

SHAH ALAM - Kerajaan Selangor menjelaskan bahawa garis panduan berkaitan larangan rumah ibadat bukan Islam di premis komersial atau lot...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd