• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, November 8, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MCA Mahu Terus Raih Keyakinan Rakyat Pelbagai Kaum – Chong Sin Woon

oleh Mynewshub
dalam Utama & Sensasi
0
MCA Mahu Terus Raih Keyakinan Rakyat Pelbagai Kaum – Chong Sin Woon
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Setiausaha Agung MCA, Datuk Chong Sin Woon berkata, keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan memberi petanda positif kepada usaha parti itu membina semula kekuatan.

Menurut beliau, kemenangan yang diraih merupakan satu permulaan yang baik selepas kali terakhir MCA mempunyai kerusi DUN di Negeri Sembilan pada tahun 2008.

“Ini satu permulaan yang baik. Kita dah lama sangat tak ada kerusi di Negeri Sembilan, yang terakhir pun pada 2008. Memang jauh, jadi ini satu ‘good comeback’,” katanya ketika dihubungi Mynewshub hari ini.

Beliau berkata, sebagai sebahagian daripada kerajaan negeri, MCA kini mempunyai platform untuk bekerja lebih keras bagi mendapatkan semula sokongan rakyat.

“Bila kita dah jadi sebahagian daripada kerajaan, maka kita ada pentas dan patut berusaha. Kita perlu melipatgandakan usaha untuk mendapatkan sokongan rakyat,” katanya.

Mengulas mengenai sokongan pengundi Cina, Chong berkata, beliau masih belum meneliti semua saluran mengundi, namun percaya MCA menerima sebahagian sokongan daripada kaum itu.

Beliau turut berpandangan kemenangan tersebut juga didorong oleh sokongan kukuh pengundi Melayu.

“Dengan persefahaman (BN-PN) itu memang solid. Sekali lagi, kita belum dapat setiap saluran, tetapi nampaknya kemenangan itu memang mendapat sokongan majoriti,” katanya.

Dalam pada itu, Chong berkata, MCA akan meneruskan usaha memperkukuhkan parti selepas melihat terdapat perkembangan positif sejak PRN Johor.

“Kita akan terus berusaha sebab nampaknya kita mendapat momentum dari Johor sampai Negeri Sembilan.

“Kita berharap dapat kekal di Melaka dan seterusnya, perlahan-lahan tetapi secara konsisten membina semula kekuatan kita serta mendapatkan keyakinan rakyat pelbagai kaum,” katanya. – MYNEWSHUB

 

Tags: Datuk Chong Sin WoonPelbagai KaumPRN Negeri SembilanRakyatsetiausaha agung MCAsokongan
Share200Tweet125SendShare

Related Posts

Semakin Banyak Negara Gesa Rakyat Simpan Makanan, Air Minuman Hadapi Kecemasan

Semakin Banyak Negara Gesa Rakyat Simpan Makanan, Air Minuman Hadapi Kecemasan

30/10/2026
0

KUALA LUMPUR – Semakin banyak negara termasuk Britain, Jepun, Jerman, Sweden dan Norway menggesa rakyat masing-masing menyimpan bekalan makanan, air...

Liew Chin Tong Imbas Bagaimana Rakyat Bersatu Tumbangkan Najib Pada PRU14

Liew Chin Tong Imbas Bagaimana Rakyat Bersatu Tumbangkan Najib Pada PRU14

28/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Timbalan Menteri Kewangan, Liew Chin Tong mengimbas bagaimana rakyat Malaysia pernah bersatu menumbangkan Datuk Seri Najib Tun...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd