• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mindef Pastikan Pendidikan Warga, Anak ATM Dikukuh

oleh AK-47
11/01/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KLUANG – Kementerian Pertahanan (Mindef) komited untuk memastikan agenda pendidikan anak warga dan veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan warga awam kementerian itu diperkukuh dari semasa ke semasa.

Menterinya Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata agenda pendidikan yang merangkumi penyediaan kemudahan dan akses pendidikan berkualiti bukan dilakukan bermusim sebaliknya berterusan.

“Sehubungan itu, kami lancarkan Blueprint Agenda Pendidikan Hala Tuju Kementerian Pertahanan 2018-2022 hari ini di bawah inisiatif Jelajah Perkasa Perwira.

“ATM dan Kementerian Pertahanan juga terharu dengan kehadiran Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid dan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak, hari ini. Ini menunjukkan Kementerian Pertahanan berada pada landasan betul dalam membela nasib dan kebajikan warga ATM khususnya dalam bidang pendidikan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan blueprint berkenaan di Batalion Ke-5 Rejimen Askar Melayu Diraja, di sini hari ini.

Hishammuddin yang juga Menteri Tugas-Tugas Khas berkata beliau berasa bangga kerana blueprint yang melibatkan kerjasama Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) bersama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM), Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) dan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) yang dirangka sejak awal tahun lepas itu menjadi kenyataan untuk dilaksanakan.

Beliau berkata blueprint itu bersandarkan tiga objektif utama iaitu memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada warga ATM, veteran ATM serta warga awam Kementerian Pertahanan; meningkatkan perkhidmatan pendidikan melalui inisiatif kebajikan pendidikan serta menaik taraf kemudahan prasarana pendidikan.

Katanya fasiliti 38 sekolah di dalam kem akan diselenggara manakala sembilan sekolah rendah di dalam kem dinaik taraf dari sekolah harian biasa kepada sekolah cemerlang.

Ia membabitkan Sekolah Kebangsaan (SK) TUDM Subang di Selangor; SK Kementah di Kuala Lumpur; SK Angkatan Tentera Jalan Ru di Johor, Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Kem Askar Melayu Diraja di Negeri Sembilan; SK Pangkalan Tentera Kem Batu 10 di Pahang; SK Sultan Sir Ibrahim, SK Kem Iskandar dan SK Tanjung Pengelih di Johor serta SK Pangkalan TLDM Kota Kinabalu di Sabah.

“Apa yang kita lihat ini (pelancaran blueprint) cukup bersejarah kerana apa yang kita bentangkan ini secara telus bukan bermusim. Ini janji dan ikrar, komitmen kita kepada anggota dan keluarga mereka dan mereka boleh pegang pada janji kita kerana kita telah buktikan sebelum ini,” katanya. – BERNAMA

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mekah Terus Dikawal Dengan Sistem Pertahanan Udara Ultra Moden

Mekah Terus Dikawal Dengan Sistem Pertahanan Udara Ultra Moden

24/05/2026
0

OLEH MYNEWSHUB  ARAB SAUDI sekali lagi menunjukkan tahap kesiapsiagaan luar biasa menjelang musim Haji 2026 apabila Kementerian Pertahanannya menayangkan video...

ATM Junjung Titah Tengku Mahkota Pahang, Perkukuh Penyelarasan Latihan Ketenteraan

ATM Junjung Titah Tengku Mahkota Pahang, Perkukuh Penyelarasan Latihan Ketenteraan

24/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menjunjung kasih atas keprihatinan serta titah Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd